Menepati Jangkaan, Kadar Inflasi UK Catat Penyusutan Pada Bulan Februari

3,091

Data tumpuan pada pembukaan sesi Eropah hari ini memaparkan pertumbuhan kadar inflasi UK bagi bulan Februari yang lebih perlahan.

Laporan daripada Jabatan Statistik Negara (ONS) menunjukkan indeks inflasi tahunan UK menepati jangkaan pasaran untuk meningkat 1.7%, iaitu menyusut sedikit daripada bacaan pada Januari sebanyak 1.8%.

Sementara itu, bacaan inflasi teras (tidak termasuk makanan dan barangan tenaga) pula mencatat pertumbuhan sebanyak 1.7% secara tahunan pada bulan Februari berbanding 1.6%, malah lebih baik daripada jangkaan untuk meningkat 1.5%.

Menurut ONS, antara pendorong utama yang memacu penurunan ini adalah disebabkan oleh kemerosotan dalam kos bahan bakar dan permainan video, namun diimbangi oleh kenaikan perkhidmatan restoran dan perhotelan.

Inflasi kekal jauh di bawah sasaran 2% oleh Bank of England (BoE), selepas mencatatkan bacaan paling rendah dalam tempoh tiga tahun pada Disember iaitu 1.3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat