Mengapa Bulan Oktober Digeruni Pelabur?

5,720

Di negara barat, bulan Oktober lebih sinonim dengan perayaan Halloween di mana orang ramai memperagakan pakaian berunsurkan seram dan menakutkan. Namun, adakah anda tahu bahawa bulan Oktober juga adalah bulan yang ditakuti dalam sejarah pasaran kewangan dunia?

Ianya lebih dikenali sebagai October Effect.

October effect sangat memberikan kesan terhadap pelabur sehingga menjadikannya sebagai bulan yang paling digeruni.

Persoalannya, adakah ini satu fakta atau sekadar mainan psikologi?

Terdapat beberapa peristiwa yang memberikan nama buruk terhadap Oktober menjangkaui 80 tahun.

1. The Panic of 1907

Merupakan sebuah krisis kewangan yang berlaku di Amerika Syarikat bermula pada pertengahan Oktober. Ianya turut dikenali sebagai 1907 Bankers’ Panic atau Knickerbocker Crisis.

Krisis ini berlaku apabila New York Stock Exchange jatuh menjunam sebanyak 50% berbanding tahun sebelumnya menyebabkan orang ramai panik lalu bertindak mengeluarkan duit dariipada bank.

2. Crash of 1929

Crash of 1929 juga dikenali sebagai the Great Crash yang berlaku pada 24 Oktober (Black Thursday) hingga 29 Oktober 1929 (Black Tuesday) apabila harga saham di New York Stock Exchange jatuh.

Peristiwa ini dianggap sebagai krisis pasaran saham yang paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat dan merupakan permulaan kepada Great Depression yang berlanjutan hingga 12 tahun.

3. Black Monday

Black Monday berlaku pada 19 Oktober 1987 merujuk kepada kejatuhan pasaran saham dunia yang bermula di Hong Kong, Eropah seterusnya merebak ke Amerika Syarikat.

Oleh yang demikian, Dow Jones Industrial Average (DJIA) kehilangan hampir 22% sehari iaitu kejatuhan sebanyak 508 mata dalam masa beberapa jam.

Selain itu, Black Monday menjadi salah satu hari yang paling terkenal dalam sejarah kewangan.

Hakikatnya, masih terdapat banyak lagi peristiwa market crash yang terjadi pada bulan sebelumnya iaitu September. Oleh yang demikian, ada yang berpendapat bahawa ini adalah kesan psikologi dan bulan Oktober tidak sepatutnya dianggap sebagai bulan yang malang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat