Mengapa Dagangan Safe Haven Yen Dan Emas Tiba-tiba Melonjak Pada Sesi Asia?

859

Matawang safe-haven yen dan emas melonjak pada awal dagangan sesi Asia hari ini yang mungkin disebabkan pasaran melepaskan risiko mereka menjelang perbicaraan pemecatan Trump yang akan berlangsung pada Selasa.

Pasangan matawang USD/JPY susut 0.2% sehingga mencecah paras 109.95 menjelang pengumuman penetapan dasar monetari oleh Bank of Japan (BOJ) pagi ini yang dijangka akan mengekalkan kadar faedahnya, manakala harga emas pula meningkat lebih 0.3% untuk diniagakan $1,565.40 per auns.

Terdapat laporan mengenai penyebaran wabak pneumonia Wuhan turut mempengaruhi pasaran kewangan dan saham pada sesi Asia hari ini, disusuli dengan berita yang dilapor bahawa ia telah mula merebak ke Australia.

Mengikuti perkembangan hubungan dagangan AS dan EU, Presiden Perancis Emmanuel Macron memberitahu bahawa beliau dan Presiden AS Donald Trump telah mengadakan perbincangan mengenai cukai digital yang dirancang oleh negaranya sebelum ini dan kedua-dua negara akan berkerjasama untuk mengelakkan peningkatan tarif.

Macron dan Trump bersetuju untuk menangguhkan perang tarif antara mereka, sehingga akhir tahun 2020 dan meneruskan rundingan di Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mengenai cukai digital dalam tempoh itu.

Dagangan dolar euro terbatas berbanding USD menjelang mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) Khamis ini di mana ia dijangka akan melancarkan kajian strategik bank pusat termasuk sasaran inflasi ECB.

Dagangan pound sterling kekal lemah berbanding beberapa matawang utama selepas ditekan oleh kenyataan menteri kewangan UK Sajid Javid yang menimbulkan kebimbangan di kalangan pelabur terhadap hubungan Britain dan Kesatuan Eropah (EU).

Javid mengakui perniagaan di negara itu akan terjejas disebabkan oleh Brexit dan memberi amaran kepada pengeluar bahawa tiada penyelarasan dengan peraturan EU lagi selepas pengunduran rasmi Britain dari blok itu.

Dolar Kanada pula susut berbanding US dolar selepas diniagakan lebih tinggi pada sesi NY disokong oleh peningkatan harga minyak. Bagaimanapun, pergerakan loonie agak terbatas menjelang mesyuarat dasar oleh Bank Pusat Kanada (BOC) minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat