Mengapa Emas Mahal Berbanding Logam Lain?

1,021

Pada artikel kali ini, penulis akan kupas mengapa emas mahal berbanding logam-logam yang lain.

Manusia sudah jatuh cinta dengan emas sejak 40,000 tahun sebelum Masihi. Daripada zaman tamadun Mesir Kuno memang manusia dah taksub dengan emas.

Mereka bukan sahaja menggunakan emas sebagai mata wang tetapi emas turut dijadikan sebagai barang perhiasan untuk ditanam bersama mayat.

Pemerintah Mesir Kuno, Raja Tutankhamun ketika mati ditanam bersama dengan 3 peti keranda emas. Bahagian dalaman keranda Raja Tutankhamun juga diperbuat daripada emas tulen yang kini bernilai lebih daripada 1 juta dolar.

Oleh itu, kita sedia maklum bahawa manusia memang sukakan emas sejak dari dulu lagi. Malahan, perihal emas turut diceritakan dalam al-Quran dan Bible.

Sehingga ke hari ini, emas merupakan simbol kekayaan. Ada yang sanggup meletakkan emas di kereta, telefon, gigi dan juga aiskrim.

Emas juga menjadi simbol percintaan. Jika hendak berkahwin, manusia akan membeli cincin emas dan bukannya cincin perak.

Bagi pelabur, emas merupakan salah satu portfolio pelaburan jangka masa panjang yang baik. Bagi pengeluar telefon pintar atau alat elektronik, emas amat sesuai jika digunakan kerana logam berkenaan adalah pengalir haba dan elektrik terbaik.

Emas juga sukar untuk terhakis dan berkarat, tidak seperti logam-logam yang lain.

Faktor lain mengapa emas mahal adalah disebabkan aspek geologi. Emas boleh dijumpai di kebanyakan tempat tetapi sukar untuk kita dapat kerana untuk mendapatkan emas, perlu dilombong dan kos perlombongan sangat mahal.

Selepas dilombong, emas itu perlu dibersihkan untuk kelihatan cantik. Disebabkan itu, emas dijual dengan harga tinggi.

Sukar untuk mendapatkan emas bukanlah faktor utama mengapa emas mahal. Ada logam yang lagi sukar dijumpai daripada emas tetapi lagi murah. Contohnya logam yang dikenali sebagai Ruthenium.

1 kilogram Ruthenium berharga sekitar RM9,000 manakala emas pula harganya RM55,000 per kilogram. Jadi kita tahu sukar untuk mendapatkan emas itu bukanlah faktor mengapa logam itu mahal.

Sukar untuk mengetahui berapa banyak lagi emas yang ada dalam perut Bumi tetapi Majlis Emas Dunia pada 2019 pernah memberitahu keseluruhan emas yang telah dilombong adalah 190,040 tan metrik bersamaan dengan 190 juta kilogram emas.

Emas ini sukar untuk didapatkan tetapi cukup untuk membina menara dengan emas. Emas menjadi mahal kerana memerlukan banyak kerja ketika melombong tetapi bukan sebab itu sahaja. Seperti yang diperkatakan, emas tidak berkarat dan senang dibentuk.

Mudah untuk dibuat cincin, rantai dan orang ramai mudah tertarik melihat apa sahaja perhiasan yang diperbuat daripada emas.

Perak juga antara logam yang sukar untuk didapatkan dan mempunyai titik lebur yang rendah tetapi perak mudah pudar serta tidak tahan lama.

Jadi emas ini sempurna daripada pelbagai segi. Emas kekal sama, maka nak buat apa sahaja dengan emas, anda tidak perlu risau kerana akan tetap berkilau selama bertahun-tahun.

Jika anda mempunyai emas, anda mempunyai aset yang bagus kerana nilainya stabil dan seantero dunia memperakui nilai emas.

Dahulu duit kertas dicetak bersandarkan emas tetapi sejak 1971, duit kertas tidak lagi bersandarkan emas tetapi hanya kepercayaan daripada kerajaan semata-mata.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat