Mengapa Harga Minyak Mentah Tidak Meneruskan Junaman? Ini Faktor yang Anda Perlu Tahu!

34

Harga minyak mentah meningkat semula di Asia pada hari Selasa selepas junaman yang dibuat sebelum ini. Peningkatan ini berikutan kebanyakan pelabur yang mengambil kesempatan terhadap isu lebihan bekalan global.

Minyak mentah bagi penghantaran bulan September meningkat kepada $ 40.20 setong. Pelabur juga sentiasa menantikan anggaran simpanan produk mentah dan produk tapisan daripada Institut Petroleum Amerika (API). Data yang lebih tepat akan dikeluarkan pada hari Rabu, oleh Jabatan Tenaga Amerika Syarikat.

Sementara itu, minyak Brent di ICE Futures Exchange meningkat kepada $ 42.38 setong.

Semalaman, harga minyak mentah jatuh ke tahap terendah bagi bulan April.

Minggu lepas, Brent futures di London menyusut 7.07% dalam jangka masa 2 minggu. Peningkatan eksport dari Timur Tengah dan Afrika Utara seperti Iraq, Nigeria dan Libya juga menambah kebimbangan terhadap lebihan produk minyak dan mengurangkan permintaan bagi minyak mentah.

Satu tinjauan Reuters mendapati pengeluaran minyak OPEC pada bulan Julai untuk mencapai angka tertinggi dalam sejarah. Hal ini berikutan lebihan pam minyak Iraq dan Nigeria berjaya mengeksport minyak mentah tambahan walaupun terdapat serangan militan terhadap minyak.

Bekalan daripada Pertubuhan Negra-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah meningkat kepada 33.41 juta tong sehari pada bulan Julai. Angka ini berdasarkan data perkapalan dan maklumat daripada sumber-sumber industri.

Sementara itu di Libya, kerajaan negara ini berjaya mencapai perjanjian dengan pasukan pengawal Pelabuhan Minyak Ras Lanuf dan ES Sider untuk memulakan semula eksport. Perlabuhan ini merupakan terminal minyak utama yang telah ditutup sejak Disember 2014.

Nak buat trading plan untuk minggu ini? Baca artikel ini dulu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat