Mengapa Negara Ada Pandu Sebelah Laluan Kiri Dan Kanan?

314

Mesti anda pernah melihat ada negara yang kenderaannya dipandu di laluan sebelah kiri atau di sebelah kanan. Mengapa sistem pemanduan laluan berbeza diamalkan di seluruh dunia?

Sebanyak 165 buah negara di dunia mengamalkan sistem pemanduan laluan sebelah kanan manakalah selebihnya di sebelah kiri.

Pada tahun 1919, 104 negara menggunakan sistem pemanduan laluan sebelah kiri tetapi menjelang 1986, 34 buah negara beralih kepada sistem pemanduan laluan sebelah kanan.

Sejarah sistem pemanduan laluan sebelah kiri bermula ketika zaman empayar Rom dan tersebar ke seluruh Eropah. Ketika zaman itu, masyarakat Rom akan menunggang kuda menggunakan laluan sebelah kiri terutamanya memudahkan mereka untuk menghayunkan pedang ketika mempertahankan diri sewaktu berperang.

Sistem pemanduan laluan sebelah kiri ini telah digunakan secara meluas di Britain. Selepas itu, Britain menerapkan sistem terbabit ke negara-negara yang pernah dijajah oleh Britain.

Sehingga sekarang, beberapa negara bekas jajahan Britain termasuk Malaysia, Brunei dan Singapura masih menggunakan sistem pemanduan laluan sebelah kiri.

Sistem pemanduan laluan sebelah kanan dikatakan wujud pada abad ke-18 di Amerika Syarikat (AS). Sewaktu itu, pedagang menggunakan gerabak beroda yang besar dan ditarik oleh beberapa ekor kuda untuk membawa barangan.

Kebiasaannya, gerabak besar tiada tempat duduk dan pemandu akan menunggang di atas kuda sebelah kiri yang paling belakang. Disebabkan individu yang mengawal gerabak terbabit duduk berdekatan kuda di sebelah kiri, maka pemandu menggunakan laluan sebelah kanan untuk memudahkan dia melihat kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Selain itu, Revolusi Perancis yang tercetus pada tahun 1789 juga telah menyebabkan sistem pemanduan laluan sebelah kanan digunakan secara meluas terutamanya di negara-negara Eropah.

Ada juga negara yang pada awalnya mengamalkan sistem pemanduan laluan sebelah kiri namun kemudiannya menukar kepada laluan sebelah kanan, contohnya Kanada. Negara itu berbuat demikian bagi memudahkan urusan keluar masuk rakyatnya ke AS.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat