Mengapa Perkembangan Positif Dagangan AS-China Gagal Mengangkat USD?

322

Dagangan di sesi Asia pada hari ini dimulakan dengan pergerakan perlahan dalam pasaran matawang menjejaki beberapa perkembangan Brexit serta perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China selain tumpuan turut terarah kepada mesyuarat Rizab Persekutuan AS (The Fed) minggu ini.

Pengumuman presiden AS Donald Trump telah menambah keyakinan pelabur dengan mengatakan AS dan China mungkin menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama lebih awal daripada yang dijangkakan sebelum ini di sidang kemuncak Chile pada bulan depan memandangkan sebahagian daripada teks perjanjian telah selesai.

Wakil Perdagangan AS (USTR) juga mengumumkan akan mempertimbangkan pengecualian tarif tertentu ke atas barangan import China yang bernilai $34 bilion dari 1 November. Berita ini telah meningkatkan kemungkinan bahawa perjanjian perdagangan yang berjaya dapat dicapai.

Selain itu, pelabur semakin optimis bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah sekali lagi dalam tahun ini. Bagaimanapun, dagangan dolar Amerika dilihat diniagakan berhati-hati berbanding dan indeks dolar meningkat sedikit berbanding kumpulan matawang utama lain pada 97.71.

Sementara itu mengikuti perkembangan Brexit, Kesatuan Eropah (EU) telah meluluskan permohonan UK untuk pelanjutan tarikh Brexit sehingga 31 Januari 2020 dengan PM UK Boris Johnson telah mengesahkannya, manakala cadangan beliau untuk mengadakan pilihan raya umum pula seperti yang dijangkakan sebelum ini telah ditolak oleh ahli parlimen.

Matawang pound diniagakan berhati-hati berbanding dolar USD dan matawang safe-haven yen, dengan pasaran menunggu perkembangan lebih lanjut mengenai tindakan seterusnya yang akan diambil oleh PM Johnson.

Di samping itu, dolar Aussie pula menunjukkan peningkatan berbanding dolar USD, menjelang ucapan oleh Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe pada petang ini.

Minggu ini merupakan minggu yang sibuk buat pasaran kewangan memandangkan terdapat tiga keputusan faedah oleh bank pusat, laporan inflasi, data pekerjaan NFP AS, pertumbuhan ekonomi, data PMI China dan beberapa laporan ekonomi lain sebagai penggerak pasaran minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat