Mengapa Supreme Mahal?

355

Bayangkan anda ke kedai dan melihat dua jaket yang mempunyai rekaan hampir sama, kedua-duanya dikeluarkan oleh jenama serta teknologi yang sama.

Namun kedua-dua jaket berkenaan berbeza dari segi harganya kerana satu jaket mempunyai logo jenama Supreme yang berharga AS$300 manakala satu lagi jaket merupakan kolaborasi antara Supreme dan jenama lain, harganya pula adalah AS$1,300.

Nampak mahal bukan untuk harga sebuah jaket namun jangan terkejut kerana ada yang sanggup membelinya.

Bagi peminat pakaian, Supreme adalah satu jenama yang tidak asing lagi di dunia. Barangannya yang eksklusif dan terhad menjadikan Supreme sebagai antara jenama yang digilai oleh para peminatnya.

Disebabkan pengeluaran sesuatu produknya yang terhad, maka harga barangan Supreme boleh mencecah nilai yang tinggi dan kadang-kala tidak masuk di akal juga.

Supreme mula menjadi terkenal selepas menjalinkan kolaborasi bersama ramai selebriti dunia sejak 20 tahun lalu.

Jenama itu yang dahulunya adalah sebuah kedai papan selaju kecil di New York, kini berubah menjadi sebuah syarikat pakaian yang bernilai kira-kira AS$1 bilion.

Supreme diasaskan oleh seorang ahli perniagaan dan pereka fesyen, James Jebbia pada tahun 1994 di Lafayette Street di Manhattan, New York.

Pada masa itu, Supreme menjual hoodie dan baju jenis streetwear kepada golongan muda yang gemar bermain papan selaju di New York, sekali gus menjadi jenama yang diminati oleh golongan terbabit.

Baju pertama yang dihasilkan oleh Supreme adalah cetakan wajah pelakon, Robert De Niro dalam filem Taxi Driver beserta logo ikonik Supreme.

Namun Supreme sering kali menggunakan gambar yang tidak berlesen menyebabkan syarikat kerap menerima saman daripada jenama-jenama terkemuka seperti Louis Vitton (LV), The NHL dan NCAA.

Tetapi faktor berkenaan membuatkan jenama Supreme lebih dikenali kerana selalu terdedah dengan jenama produk terkenal.

Untuk anda membeli sebuah barangan Supreme, bukanlah senang seperti yang disangkakan. Anda perlu mengikuti kaedah dan peraturan yang ditetapkan.

Pada setiap hari Selasa, bermula pukul 11 pagi, anda perlu ke laman sesawang Supreme dan memasukkan maklumat asas seperti nama, emel, nombor telefon, alamat serta nombor kad kredit.

Selepas itu, Supreme akan menghantar mesej pesanan ringkas kepada anda untuk memaklumkan bahawa anda merupakan salah seorang yang terpilih untuk beratur membeli barangan Supreme.

Pada hari Rabu, satu lagi mesej pesanan ringkas akan dihantar untuk memberitahu masa dan kedai yang ditetapkan oleh Supreme untuk anda membeli barangan terbabit.

Pada hari Khamis, anda akan pergi kedai Supreme pada waktu yang ditetapkan dan akhirnya barangan Supreme akhirnya berada di tangan anda!

Selain itu, Supreme menetapkan peraturan one limit per style bagi setiap pelanggan. Apa itu one limit per style?

Contohnya, jika baju yang dikeluarkan itu mempunyai warna hitam, merah dan kelabu, pelanggan hanya boleh membeli satu warna sahaja. Sekiranya pelanggan ingin membeli warna lain, mereka perlu meminta orang lain untuk membelinya.

Pada sekitar pertengahan hingga akhir tahun 2000-an, jenama Supreme mula meningkat secara mendadak. Kejayaan itu sebahagiannya disebabkan oleh kesan populariti Kanye West.

Pada tahun 2006, Supreme mengeluarkan kasut edisi khas, berkolaborasi bersama Nike iaitu Supreme Blazer SB. Harga runcit bagi kasut berkenaan dalam lingkungan AS$150 dan dijual semula dengan harga antara AS$300-AS$400.

Pada Julai 2007, setelah gambar Kanye West memakai kasut itu di acara Grammy Foundations Starry Night Party menular, harga jualan semula kasut itu mencecah dua kali ganda iaitu kira-kira AS$800.

Jika anda melihat harga barangan di kedai Supreme, tidaklah semahal yang anda jangkakan. Harga runcit untuk sehelai baju dalam AS$38 dan AS$138 untuk baju panas.

Tetapi apabila barangan tersebut habis terjual, harganya boleh meningkat sebanyak 30 kali ganda daripada harga asal.

Banyak jenama-jenama terkemuka lain mengguna pakai teknik pengeluaran terhad ini bagi membuatkan orang ramai tergila-gilakan produk mereka.

Teknik pemasaran itu membuatkan pembeli merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada sesuatu yang eksklusif.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat