Mengapa Visa, Mastercard Inc dan PayPal Memilih Untuk Berkerjasama Dalam Projek Matawang Crypto Libra?

634

Jika matawang crypto Facebook Inc berjalan dengan lancar mengikut pelan yang tetapkan, tidak mustahil suatu hari nanti, ia akan mengugat syarikat-syarikat gergasi pembayaran. Visa Inc, Mastercard Inc dan PayPal Holdings Inc telah berkerjasama dengan Facebook Inc dalam projek matawang digital Facebook ini.

Matawang Crypto Facebook atau dikenali sebagai Libra akan dilancarkan pada tahun hadapan. Matawang crypto ini direka khas berbanding yang lain, ia lebih stabil dan tidak volatile, maka dengan ini ia dapat digunakan dalam transaksi harian. Pakar-pakar turut terlibat dalam membangunkan matawang crypto ini.

Menurut penganalisis, Sandford C. Bernstein, ia bukan suatu perkara yang sering kita lihat apabila Visa, Mastercard, PayPal mahu berkerjasama dengan projek yang dianggap sebagai disruptor kepada perniagaan mereka. Dengan itu, syarikat-syarikat setidak-tidaknya mahu terlibat dalam bagaimana produk ini diperkembangkan.

Jika kita lihat Apple Pay dan dompet digital yang lain selalu dihimpit dengan masalah masa transaksi yang lama. Kebanyakkan syarikat pesaing tidak mampu memberi saingan dan inovasi yang baru.

Disisi lain, Visa dan Mastercard merupakan syarikat yang sering mencari peluang untuk melibatkan diri dalam bentuk transaksi yang baru. Kedua-duanya telah berkerjasama dengan firma-firma blockchain dan matawang crypto. Begitu juga dengan Paypal yang telah melabur billion usd dalam syarikat-syarikat yang berpotensi. Menurut mereka Libra mampu membantu ramai orang untuk mendapat akses kepada produk-produk kewangan. Menurut naib presiden digital solution Mastercard, matawang crypto mampu menawarkan tawaran yang tidak dapat ditawarkan oleh pembayaran dalam bentuk tunai.

3 Syarikat gergasi ini merupakan syarikat penting yang akan memaikan peranan dalam pembangunan matawang crypto Libra. Saham Facebook naik 1.4% kepada US$191.61 selepas pengumuman matawang crypto Libra.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat