Mengejutkan! Dalam Diam USD/JPY Papar Aksi Mengerikan

590

Pelabur tampaknya menerima kejutan dengan memperlihatkan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY memapar terjunan harian menghampiri 250 pips pada ketika penutup dagangan minggu lalu.

Yakni penurunan itu juga telah pun melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) serta hampir sahaja mencecah paras terendah 7 minggu sekitar 112.725 yang pernah dicatatkan di awal November.

Namun pergerakan harga turut kembali pamer pendakian pada penghujung sesi sebelum membentuk ‘gap’ di kala dagangan hari ini (Isnin) untuk menggapai zon SBR (support become resistance) 114.000.

Nampaknya matawang Yen lebih memperoleh manfaat daripada situasi sentimen pasaran yang agak berisiko di kala penyebaran wabak Covid-19 ke seluruh negara dengan penemuan varian terbaharu.

Hal terbabit sama sekali telah memberi pacuan kepada Yen untuk kukuh pada penghujung November di samping turut disokong oleh kejatuhan dari hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS).

Manakala matawang USD pula sedikit terpeleot setelah didorong aktiviti pengambilan untung (profit taking) setelah terus cemerlang mempersembah aksi yang menggerunkan pada dagangan November.

Bagaimanapun zon SBR itu dilihat telah pun mengekang harga daripada terus melonjak untuk kembali menutup ‘gap’ yang dibuat serta kebarangkalian tinggi bakal menguji semula paras terendah 112.725.

Pelabur juga mungkin akan menyaksikan pergerakan harga mampu untuk terus susut dalam jangkaan bakal mencecah zon sokongan pada 112.000 yang mana ia pernah menjadi zon tumpuan sebelum ini.

Dengan nada berbeza, zon SBR 114.000 dijangka akan sekali lagi menjadi fokus utama pelabur sebagai zon yang bakal dicapai terlebih dahulu sekiranya harga berjaya untuk kembali memaparkan kenaikan.

Kenaikan berikutnya pula akan menyaksikan pergerakan harga berupaya menuju ke zon SBR 114.460 sebelum jangkaan mampu untuk menguji semula paras yang lebih tinggi untuk membuat trend bullish.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat