Menggemparkan pasaran, GBP/JPY Melonjak Sehingga 400 Pips!

0 808

Dagangan Pound Sterling menggemparkan carta pasangan matawang semalam didorong oleh perkembangan positif rundingan Brexit yang mendorong lonjakan harga oleh matawang British tersebut.

Setelah berlangsung pertemuan semalam selama 3 jam antara Perdana Menteri UK Boris Johnson bersama rakan sejawatannya dari Irish Leo Varadkar, kenyataan laporan dikeluarkan menunjukkan hasil perbincangan menemui jalan penyelesaian ke arah perjanjian Brexit dan mengumumkan rundingan EU-UK akan bersambung pada hari ini.

Perkembangan positif Brexit ini telah melonjakkan dagangan Pound ke paras tertinggi pada minggu ini.

Dan jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY, harga telah melonjak mencatatkan kenaikan sehingga hampir mencecah 400 pips!

Dengan sentimen pasaran yang turut kembali pulih didorong perkembangan positif rundingan dagang AS-China, dagangan Yen Jepun terus melemah berikutan aliran keluar pelaburan dari aset safe-haven dengan tarikan pelabur mula terarah pada aset berisiko yang memberi pulangan lebih lumayan.

Hal ini menjadi faktor tambahan yang mendorong lonjakan drastik harga pada GBP/JPY semalam dengan pergerakan aktif pasaran pada dagangan sesi New York.

Harga pada GBP/JPY mencatatkan kenaikan dari paras sekitar 130.730 sehingga mencecah paras ketinggian pada 134.400 kembali menguji zon resistance pada dagangan September.

Dengan momentum yang berjaya dikekalkan, kenaikan harga dipercayai akan diteruskan ke paras 135.800 menuju ke paras ketinggian harga untuk tempoh 3 bulan dagangan yang dicapai terdahulu. Kenaikan ke paras tersebut akan merekodkan sekitar 140 pips lagi pergerakan menaik harga.

Namun, pelabur kekal berwaspada jika perkembangan Brexit kembali bertukar negatif dengan pelbagai kemungkinan yang sukar dijangka boleh berlaku.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.