Menghampiri Terbitan Inflasi Pengeluar AS, USD Tersembam!

411

Tidak berupaya menahan ketidakpastian, dolar Amerika berundur terlebih dahulu dengan mencatat penurunan lebih rendah pada awal sesi Eropah.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan mata wang utama didagangkan pada 106.15 setelah susut sekitar 0.7%.

Pengeluaran data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat kini menjadi fokus utama pelabur yang dijangka akan memperlihatkan bacaan yang kekal tinggi pada bulan Oktober.

Turut menjadi tumpuan pelabur adalah kenyataan daripada beberapa lagi penggubal dasar Federal Reserve (Fed) iaitu Lisa Cook dan Michael Barr untuk mendapatkan isyarat mengenai penetapan dasar monetari akan datang.

Meneliti perkembangan mata wang lain, euro didagangkan menguat pada paras tertinggi tiga bulan berbanding greenback menjelang terbitan data sentimen ekonomi tinjauan ZEW Jerman.

Sementara itu, dagangan pound pula kekal tinggi walaupun telah diperlihatkan dengan bacaan data pekerjaan UK yang menyuramkan pada suku ketiga.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand juga mengekalkan momentum pengukuhan untuk terus didagangkan pada paras tertinggi dua bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat