Menjelang Data GDP US, Mampukah EUR/USD Kekalkan Penurunan Harga Minggu Lalu?

839

Sentimen pasaran kekal berisiko dengan kebimbangan pasaran terus terarah pada jangkaan gelombang kedua Coronavirus susulan peningkatan kes jangkitan di US dan Beijing.

Dagangan safe-haven terus mendapat permintaan sehingga penghujung minggu lalu dengan matawang US dolar berjaya merekodkan kenaikan mingguan terbaik bulan ini pada Jumaat lalu.

Namun, data pertumbuhan GDP US suku pertama 2020 akan menjadi memberi kesan penurunan bagi US dolar jika bacaan menepati ramalan penyusutan yang ketara.

Sementara Euro pula bergerak lemah selepas persidangan EU pada Jumaat lalu. Blok tersebut masih mencari jalan penyelesaian untuk menyalurkan bantuan dana pemulihan yang bernilai €750 bilion kepada negara-negara anggota yang terjejas akibat pandemik.

Namun, 4 negara “frugal-four” kekal tidak bersetuju untuk langkah tersebut dengan menyatakan jumlah tersebut terlalu besar sebagai bantuan dan berkemungkinan tidak mencukupi untuk memenuhi kesemua negara yang terkesan oleh pandemik Coronavirus.

Matawang Euro kekal bergerak lemah berbanding US dolar dengan siri penurunan harga dipamerkan pada minggu lalu.

Penurunan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD telah mencecah paras terendah 2 minggu ke sekitar 1.11700 pada Jumaat.

Sebelum mencecah paras terendah tersebut, harga pada sesi New York telah melonjak menguji paras 1.12500 di zon SBR (support become resistance) sebelum kembali turun sekitar 80 pips semula.

Memulakan dagangan pada awal minggu, harga bergerak perlahan pada sesi Asia di zon RBS (resistance become support) di bawah paras 1.12000.

Harga yang kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan dijangka akan meneruskan penurunan lebih rendah melepasi paras terendah minggu lalu.

Penurunan dijangka akan menuju paras tumpuan pada 1.11000 dan menguji zon RBS tersebut yang terakhir kali diuji pada awal Jun.

Namun jika harga melonjak melepasi halangan dinamik MA50, harga berkemungkinan memberi isyarat awal perubahan trend sebelum menguji zon SBR 1.12500.

Kenaikan lebih tinggi bakal menuju zon-zon tumpuan pada 1.13000 dan seterusnya ke resistance pada ketinggian 1.14000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat