Menjelang Mesyuarat BOE & FOMC, GBP/USD ‘Berpaut’ Di Paras $1.16000

173

Pelabur waspada menantikan pergerakan lanjut bagi mata wang US dolar pada minggu ini menjelang keputusan mesyuarat FOMC serta laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk arah yang lebih jelas.

Minggu lalu menyaksikan pengukuhan semula dipaparkan oleh US dolar selepas terbitan data pertumbuhan ekonomi (GDP) AS yang kukuh, memberi isyarat awal untuk perubahan arah harga.

Namun, ketika mata wang utama lain kembali mengundur semula selepas situasi pengukuhan US dolar, Pound Sterling dilihat masih berjaya bertahan menyerap tekanan di penghujung minggu lalu.

Di samping pemulihan keyakinan pelabur terhadap ekonomi UK selepas Rishi Sunak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, tumpuan pada minggu ini akan terarah kepada mesyuarat bank pusat England (BOE) dengan jangkaan kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas bakal dilaksanakan.

Justeru, Pound kekal berlegar di sekitar zon ketinggian 6 minggu berbanding US dolar sehingga dagangan bersambung di awal minggu ini.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga berlegar di zon 1.16000 di sesi Asia pagi ini sementara pasaran terus berteka-teki untuk arah pergerakan selanjutnya harga.

Pada minggu lalu, corak kenaikan yang dipaparkan telah menlonjakkan harga sehingga ke zon 1.16500 mencatatkan paras tertinggi 6 minggu.

Namun, pengukuhan US dolar di penghujung minggu telah membantutkan kenaikan tersebut untuk menyaksikan pergerakan harga lebih mendatar di bawah 1.16000.

Harga juga sedang dinilai pergerakannya di sekitar paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD yang boleh memberi petunjuk untuk trend harga berikutnya.

Sekiranya US dolar berjaya menambah tekanan buat Pound, harga bakal membuat penurunan semula dengan zon RBS (resistance become support) 1.15000 menjadi sasaran awal untuk diuji.

Penurunan diteruskan melepasi zon tersebut dijangkakan untuk menuju ke paras tumpuan minggu sebelum ini sekitar 1.13000 hingga ke support 1.11000.

Sebaliknya jika harga terus melonjak menyambung corak pergerakan bullish minggu lalu, harga yang melepasi zon 1.16000-1.16500 berpotensi mencapai ke zon 1.18000.

Ini akan merekodkan paras ketinggian terbaru harga untuk tempoh dagangan 10 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat