Menjelang Minit FOMC, Ini ‘Hint’ Terbaru Fed Harker Mengenai Inflasi!

842

Presiden Rizab Persekutuan Philadelphia Patrick Harker menyertai kumpulan penggubal polisi bank pusat yang memberi amaran mengenai kadar inflasi yang tinggi dan dalam masa yang beliau turut senada bahawa kadar faedah perlu dinaikkan untuk mengawal kenaikan harga.

Dalam kenyataan terbaru, penggubal polisi Harker menyatakan bahawa beliau bimbang tentang kadar inflasi yang berkembang pada paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun. Beliau menjangkakan Fed akan bertindak balas dengan menaikkan kadar dan mengurangkan pegangan bon.

Kata Harker kepada Dewan Perniagaan Negeri Delaware bahawa inflasi berkembang dengan pantas dan ini sangat menganggu. Lanjut beliau, dasar monetari yang longgar, pembiayaan fiskal yang tinggi dan gangguan rantaian bekalan telah mendorong inflasi meningkat lebih jauh. Ini boleh membawa kebarangkalian bahawa inflasi kepada keadaan tidak terkawal.

Kenyataan amaran ini dikeluarkan sehari selapas Gabenor Lael Brainard dan Presiden Fed San Francisco Mary Daly yang turut menyatakan kebimbangan terhadap inflasi. Komen Harker ini dilihat hampir sama dengan pandangan Brainard terhadap kenaikan kadar faedah.

Beliau menjangkakan “serangkaian kenaikan yang bertahap pada tahun ini”. Pada mesyuarat bulan Mac lalu, FOMC meluluskan kenaikan kadar pertamanya dalam tempoh lebih tiga tahun. Pasaran menjangkakan kenaikan berturut-turut sehingga 3% pada tahun ini.

Pasaran kini memberi tumpuan pada minit mesyuarat FOMC pada Jam 2 pagi nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat