Menjelang Mesyuarat RBA, AUD/USD Bakal Terjun Lebih Rendah Lagi Minggu Ini?

338

Matawang dolar Australia dijangka akan terus mempamerkan persembahan yang merosot pada minggu ini berikutan sentimen pasaran yang berisiko di samping data ekonomi China yang lemah.

Data PMI pembuatan tinjauan Caixin menyusut kepada 40.3 mata untuk bulan Februari, iaitu paras terendah yang pernah direkodkan sejak tinjauan bermula pada tahun 2004 disebabkan oleh penularan wabak Coronavirus COVID-19.

Beberapa data ekonomi penting Australia yang akan diterbitkan pada sesi Asia sepanjang minggu ini termasuk data pertumbuhan GDP suku keempat 2019, data imbangan dagangan dan data jualan runcit dijangka akan turut terjejas.

Namun, menambahkan lagi tekanan buat Aussie adalah jangkaan penurunan kadar kepada 0.50% oleh bank pusat Australia untuk mesyuarat dasar pada Selasa.

Meneliti dagangan pada carta harga bagi pasangan matawang AUD/USD pada Jumaat lalu, harga membuat penurunan sekitar 150 pips ke paras terendah terbaru sejak Mac 2009. Ini adalah jauh lebih besar berbanding julat pergerakan harian yang normal bagi AUD/USD.

Penurunan terendah minggu lalu telah mencecah paras 0.64330 sebelum harga ditutup lebih tinggi.

Dengan bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan China yang diterbitkan pada Sabtu mencatatkan penguncupan yang begitu ketara bagi bulan Februari telah mendorong pembukaan harga lebih rendah pada carta AUD/USD sesi Asia pagi ini berbanding penutupan dagangan minggu lalu.

Sesi pasaran Asia hari ini melihatkan harga membuat kenaikan sekitar 70 pips namun gagal melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) yang kekal menjadi petunjuk trend bearish harga untuk beberapa minggu ini.

Menjelang penetapan kadar faedah oleh Reserve Bank of Australia (RBA), harga dijangka akan menyambung semula penurunan dan menguji paras terendah yang dicecah pada penghujung minggu lalu.

Penurunan lebih rendah akan terus mencatatkan paras terendah terbaru 11 tahun bagi dagangan AUD/USD.

Namun jika harga berjaya tembusi halangan MA50, berkemungkinan harga akan menuju zon SBR (support become resistance) pada 0.65800 dan memberi isyarat awal perubahan trend.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan diteruskan ke paras sekitar 0.66700 jika dagangan Aussie kembali positif dan mengambil kesempatan ke atas matawang US dolar yang diniagakan lemah dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat