Menjelang Pengumuman Trump Mengenai China, Pasaran Didagangkan Berwaspada

734

Dagangan hari Jumaat menyaksikan US dolar susut berbanding sekumpulan matawang utama sementara pasaran menantikan tindak balas yang akan diambil oleh Presiden AS Donald Trump terhadap tindakan China yang meluluskan undang-undang keselamatan Hong Kong.

Walaupun kebanyakan matawang utama mempamerkan peningkatan, namun pelabur tetap berwaspada menjelang pengumuman Trump yang dijangka akan meningkatkan lagi ketegangan antara dua ekonomi gergasi dunia itu.

Terbaru, Trump memberitahu bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar mengenai China pada hari ini, tetapi tiada perincian lanjut mengenainya diberikan.
Walaupun tanpa perincian, kenyataan tersebut sudah cukup untuk membuatkan pasaran ekuiti untuk jatuh. Ketika sesi penutupan pada sesi New York, Dow Jones Industrial Average ditutup susut 300 mata lebih rendah.

US dolar bakal mencatat penurunan mingguannya berbanding matawang utama berikutan kemajuan dalam mengangkat sekatan dan langkah rangsangan di Eropah telah melemahkan permintaan untuk safe-haven. Bagaimanapun, pasaran tetap berhati-hati untuk sebarang kemungkinan bahawa ketegangan AS-China akan meningkat.

Dalam pada itu di Eropah, pound didagangkan mendatar selepas menokok 0.5% berbanding US dolar pada sesi sebelumnya, ketika risiko berkaitan Brexit dan spekulasi mengenai kadar faedah negatif terus membataskan peningkatan matawang itu.

Matawang euro terus mengekalkan pengukuhannya berbanding US dolar, masih disokong oleh pakej rangsangan €750 bilion oleh Suruhanjaya Eropah. Bank Pusat Eropah (ECB) pula dijangka akan meningkatkan pembelian bon pada minggu depan dan mengeluarkan unjuran ekonomi yang suram.

Di sisi lain, dolar Aussie kembali meningkat setelah jatuh dari paras ketinggian 2 bulan berbanding USD, sementara kiwi didagangkan mengukuh di sekitar paras harga $0.6204.

Dolar Aussie dan kiwi berada di landasan untuk meraih keuntungan mingguannya berikutan pelabur menyambut baik perkembangan mengenai pembukaan semula aktiviti ekonomi di dua negara tersebut.

Selain itu, kenaikan harga minyak mentah terus menyokong dagangan dolar Kanada untuk didagangkan lebih tinggi berbanding US dolar yang lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat