Mentari Barat Menyinar Sehingga Ke Pasaran Tempatan

155

Mengambil isyarat positif bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS), ekuiti dalam negara bermula cemerlang.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 1.77 mata pada 1,471.89 sebelum naik 2.58 mata pada 1,472.70 berbanding penutupan Selasa pada 1,470.12.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 220 atasi kerugian pada 107, manakala 216 kaunter pula tidak berubah, 1,730 tidak didagangkan dan 13 digantung.

Jumlah perolehan pada 168.04 juta unit bernilai RM79.43 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, Wall Street mengakhiri sesi di wilayah positif dengan bacaan infasi AS menurun di bawah unjuran sekaligus mengembalikan keyakinan kenaikan kadar yang kecil.

Berita positif itu dilihat melimpah ke pasaran tempatan dengan indeks KLCI dijangka berlegar antara julat 1,470-1,485 dengan kaunter minyak dan gas menjadi tumpuan ekoran pembukaan di China.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank kekal pada RM8.75, Public Bank Bhd naik 2 sen pada RM4.37, CIMB Group Holdings Bhd tambah 1 sen pada RM5.77 dan Tenaga Nasional (TNB) lonjak 6 sen pada RM9.27 sementara Petronas Chemicals Group Bhd turun 1 sen pada RM8.47.

Saham aktif memperlihatkan SNS Network technology Bhd tambah 2 sen pada 27 sen, Borneo Oil Bhd dan Dataprep Holdings Bhd kekal pada 2.5 sen dan 25.5 sen, Advance Synergy Bhd lonjak 0.5 sen pada 17.5 sen dan YX Precious Metals Bhd tambah 1.5 sen pada 23 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas raih 15.22 mata pada 10,594.76, indeks FBMT 100 lonjak 14.35 mata pada 10,296.95, indeks FBM Emas Shariah tambah 34.90 mata pada 10,742.71 dan FBM 70 capai 3.32 mata pada 13,009.32 sementara FBM ACE kurang 0.25 mata pada 5,494.65.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan turun 16.98 mata pada 16,555.15 sementara indeks Perladangan naik 29.86 mata pada 6,715.80, indeks Produk serta Perkhidmatan canak 0.38 mata pada 180.99 dan indeks Tenaga lonjak 5.35 mata pada 790.07.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat