Menteri Kewangan, Javid – UK Akan Berundur Daripada Kesatuan Eropah Pada 31 Oktober Ini!

518

Pada hari Isnin, Menteri Kewangan  UK, Sajid Javid telah mengeluarkan kenyataan bahawa UK akan berundur daripada Kesatuan Eropah pada 31 Oktober, diharapkan dengan disertai perjanjian.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Reuters, “Jika kesepakatan tidak dapat dicapai, saya masih berfikir bahawa ia tetap penting untuk UK berudur daripada Kesatuan Eropah walaupun tanpa kesepakatan. Ia tidak sempurna tetapi tetap sesuai untuk UK keluar daripada Kesatuan Eropah pada 31 Oktober nanti,” kata Menteri Kewangan UK.

Walaubagaimanpun, Javid menolak untuk menjelaskan lebih lanjut tentang bagaimana senario Brexit jika tanpa ada perjanjian. Meski demikian parlimen UK menolak tindakan ini dan meminta agar Perdana Menteri menundanya.

Tambah Javid, “Apa yang telah dilakukan parlimen telah membuatkan langkah ini menjadi semakin sukar namun pihak pentadbiran UK sudah jelas dengan polisi ini  dimana ia tidak akan mungkin berubah. UK akan segera berundur daripada Kesatuan Eropah pada 31 Oktober,”

Penganalisis berpendapat ketidakpastian terhadap Brexit semakin mendorong ekonomi UK ke arah kegawatan ekonomi. Pada suku tahun kedua, pertumbuhan ekonomi UK telah merosot sebanyak 0.2%.

Data ekonomi menunjukkan pada fasa Mei-Julai, pertumbuhan ekonomi UK berada dalam keadaan mendatar (pertumbuhan 0%) berikutan kelemahan dalam sektor pembinaan dan pembuatan.

Ramai pakar yang menjangkakan jika UK keluar daripada Eropah tanpa perjanjian, UK berpotensi  menghadapi kegawatan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat