Menuju Mesyuarat FOMC, EUR/USD Panjat Atas $1.1000 Semula

153

Ketidaktentuan terus melanda pasaran mata wang apabila waktu semakin hampir untuk mengetahui keputusan mesyuarat FOMC setelah sekian lama pelabur nantikan.

Jangkaan kenaikan kadar faedah adalah sebanyak 25 mata asas untuk mesyuarat kali ini, namun petunjuk bagi penetapan dasar selanjutnya akan menjadi kompas arah tuju perjalanan pasaran.

US dolar didagangkan agak bercampur pada Selasa semalam, namun dilihat lebih cenderung melemah ketika data tawaran pekerjaan JOLTS menunjukkan bacaan angka yang menurun lebih rendah berbanding ramalan.

Selain sentimen pasaran yang berisiko, pelabur juga akan memerhatikan terbitan data pekerjaan ADP Amerika Syarikat (AS) yang mengukur sektor swasta di sesi New York malam ini, sebelum tumpuan utama akan terarah pada mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Jika diteliti pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, sukar bagi pelabur menentukan arah yang jelas dengan lonjakan yang dipaparkan semula di sesi New York semalam menyusuli terjunan awal pada sesi sebelumnya.

Pada sesi Eropah, harga dilihat membuat penurunan setelah menyentuh paras 1.10000, mencecah paras terendah untuk tempoh 2 minggu ini sekitar 1.09400.

Namun, US dolar yang suram telah mendorong kenaikan semula harga sehingga melepasi paras 1.1000 pada dagangan yang bersambung ke awal sesi Asia pagi ini (Rabu).

Kenaikan tersebut juga dilihat turut menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu yang memberi isyarat awal perubahan pergerakan trend yang lebih bullish.

Sekiranya US dolar masih melanjutkan penyusutan menuju ke mesyuarat FOMC, kenaikan harga boleh dijangkakan mencapai ketinggian pada minggu lalu sekitar 1.10900.

Dan jika keputusan mesyuarat terus membuatkan US dolar ketara melemah, harga berpotensi melonjak sehingga ke sasaran 1.12000.

Sebaliknya, jika harga menjunam semula di bawah paras 1.10000, zon sokongan pada 1.09000 dilihat bakal menjadi tumpuan untuk diuji.

Penurunan lanjut jika diteruskan mampu mencecah hingga sekitar 1.08000 untuk harga catatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Tidak dilupakan juga pasaran akan memberi tumpuan terhadap mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis yang akan turut mempengaruhi arah pergerakan harga terutama untuk mata wang Euro.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat