Menuju NFP, EUR/USD Beri Isyarat Untuk Berubah Bullish!

370

Menuju ke pembukaan sesi New York pada Khamis semalam, pelabur sudah mula melihat penyusutan awal dipaparkan oleh US dolar.

Situasi itu berterusan sehingga data pekerjaan ADP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada jam 8.30 malam bersama tuntutan faedah pengangguran diberikan perhatian.

US dolar kekal lemah walaupun bacaan pertambahan pekerjaan sektor swasta AS untuk bulan Mei adalah lebih baik berbanding ramalan.

Ditambah pula data tinjauan ISM sektor pembuatan AS yang diterbitkan pada jam 10 malam, angka yang suram menambah lagi keperitan US dolar untuk menghabiskan dagangan sesi New York.

Ini telah memberi ruang lebih besar untuk mata wang utama meningkat semula berbanding US dolar dalam pasaran semalam.

Euro masih sempat mengambil peluang untuk mengukuh semula semalam setelah merosot ke paras terendah 11 minggu berbanding US dolar pada Rabu lalu.

Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, pelabur mula menilai petanda awal untuk perubahan trend bakal berlaku.

Setelah mencecah paras terendah terbaru sekitar 1.06400 sebelum ini, harga telah berjaya membuat kenaikan semula mencapai ketinggian pada 1.07600 sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Lonjakan yang melepasi paras 1.07000 turut menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu yang memberi isyarat perubahan trend bullish buat harga.

Kenaikan harga dilihat bakal menghampiri paras 1.08000 yang akan menjadi rintangan awal perlu diuji dan mengekalkan corak kenaikan semalam.

Jika paras tersebut juga berjaya ditembusi, zon tumpuan 1.09000 seterusnya akan menjadi sasaran untuk dituju.

Namun jika harga kembali menjunam semula pada penutup dagangan minggu ini, harga boleh susut semula di bawah paras 1.07000 dan mencecah kembali paras terendah pada Rabu lalu.

Seterusnya, zon 1.06000 dilihat akan diuji dan harga juga akan catatkan paras terendah terbaru lagi.

Tumpuan kini akan terarah pada penerbitan laporan data pekerjaan NFP AS yang akan menjadi panduan penetapan dasar oleh bank pusat dan turut memberi impak besar kepada pergerakan harga.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat