Menuju Penutup Minggu, USD/CAD Mendatar Lemah Di Bawah Paras $1.3500

282

Pada sesi New York semalam, dua data menjadi tumpuan diterbitkan iaitu laporan pekerjaan Kanada dan data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS).

Menariknya, kedua-dua mata wang dolar Kanada dan US dolar memberi reaksi berbeza dengan bacaan data yang sepatutnya.

Komponen pada data pekerjaan Kanada sedikit baik, namun tidak berjaya mendorong pengukuhan dolar Kanada.

Ini disebabkan bacaan tersebut tidak cukup untuk meyakinkan pelabur bahawa Bank of Canada (BOC) akan mengubah pendirian pada dasar monetari yang kini sedang dalam fasa menghentikan sementara pengetatan.

Sementara, US dolar pula berjaya bertahan walaupun jumlah tuntutan pengangguran pada minggu lalu menunjukkan angka lebih tinggi daripada ramalan.

Ini diterjemahkan pada pergerakan harga di carta pasangan mata wang USD/CAD.

Jika diperhatikan pergerakan harga lebih mendatar dan perlahan semalam, namun masih menunjukkan corak menaik sehingga mencapai paras 1.35000 semula.

Pada awal minggu, harga telah membuat penurunan melepasi paras 1.35000 itu sehingga ke sekitar zon 1.34000 susulan terkesan oleh keputusan pengurangan pengeluaran minyak oleh OPEC+.

Sehingga bersambung pada dagangan penghujung minggu ini, harga masih perlahan di sekitar zon 1.35000 namun memberi petanda untuk kenaikan harga boleh berlaku dengan harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD.

Jika harga meneruskan kenaikan melepasi 1.35000, harga bakal menuju semula zon tumpuan bulan lalu sekitar 1.36600 dengan isyarat pergerakan bullish yang lebih jelas.

Namun jika harga melantun turun semula dari paras 1.35000, zon sokongan 1.34000 akan kembali menjadi kawasan persinggahan harga dan bakal turut diuji.

Susut lebih rendah melepasinya akan catatkan paras terendah terbaru 7 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat