Mercedes Tetap Setia Dengan FTX, Logo Kekal Di Kereta Lumba F1!

133

Sungguhpun exchanger kripto FTX mengalami kemusnahan sekelip mata, pasukan Formula One Mercedes masih lagi tidak menanggalkan logo syarikat FTX daripada kereta lumbanya.

Namun Mercedes memaklumkan masih memantau keadaan dan memberi isyarat berkemungkinan bakal menamatkan perjanjian jika krisis masih berlarutan.

Buat masa ini, kereta yang dipandu oleh Lewis Hamilton dan George Russel masih mempunyai lambang FTX semasa perlumbaan Grand Prix Sao Paulo pada hujung minggu.

Sebagai amaran, Formula One Mercedes menegaskan bahawa keadaan mampu berubah sebaliknya seandainya FTX enggan menyelesaikan masalah liquidity tersebut secepat mungkin.

Difahamkan bahawa Mercedes telah memeterai perjanjian bersama FTX pada 2021 bagi memperomosikan jenama dan melancarkan koleksi non-fungible token (NFT) untuk para peminatnya.

Malah, kebanyakan perlumbaan antarabangsa turut bekerjasama dengan syarikat aset digital sejak beberapa bulan lalu agar dapat mendalami pasaran kripto.

Misalnya, Crypto.com pernah bekerjasama dengan Formula One untuk berkhidmat sebagai Global and Inaugural Partner termasuklah menjadi Rakan Kongsi Rasmi Grand Prix Miami pada Februari tahun ini.

Selain daripada itu, Formula One dikatakan telah mendalami dunia kripto sejak bulan Ogos dengan memfailkan tanda dagangan NFT serta aset digital untuk acara Grand Prix Las Vegas.

Hal ini berikutan kerana mereka berhasrat menawarkan barangan maya, pakaian maya, fon kepala, peralatan sukan, seni digital, cenderamata serta lain-lain kepada para peminatnya.

Umumnya, mata wang kripto merupakan teknologi moden baharu yang bakal membangun serta berkembang pesat dalam beberapa tahun akan datang, ulas seorang eksekutif pemotoran bilionaire Austria, Toto Wolff yang juga merupakan bekas pelumba kereta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat