Merkel Buat Gesaan, Jerman Akan Kenakan Langkah ‘Lockdown’?

704

Canselor Angela Merkel pada hari ini telah memberi amaran kepada rakyat Jerman mengenai lonjakan terkini dalam jangkitan Covid-19. Menurut beliau jangkitan Covid-19 pada kali ini adalah lebih teruk daripada apa yang dialami Jerman setakat ini dan menggesa sekatan yang lebih ketat untuk membantu mengekang penularan wabak.

Merkel dalam ucapan beliau terhadap parti Demokrat menyatakan bahawa terdapat kemungkinan bahawa hospital akan kembali dipenuhi melainkan penularan Covid-19 dapat dikekang.

Beliau dalam masa yang sama mezahirkan kerisauan bahawa ramai dalam kalangan rakyat masih belum dapat mencerap keadaan sebenar yang dilalui mereka mengenai penularan Covid-19 walaupun ramai telah mendapatkan vaksin. Merkel walaubagaimanapun menyatakan usaha ini belum mencukupi, justeru beliau menyeru 16 daerah dalam Jerman untuk menetapkan polisi sendiri untuk mengenakan sekatan seawal minggu ini.

Merkel yang dijadualkan akan melepaskan jawatan beliau selepa 16 tahun berkhidmat telah membuat gesaan terhadap pentadbiran Jerman agar mengambil langkah lebih ketat dalam memerangi Covid-19.

Matawang Euro mencatat penurunan selepas komen Merkel dengan susut 0.1% kepada $1.1274 berbanding US dolar. Ia didagangkan dalam 0.3% daripada paras terendah 16 bula yang dicatat pada minggu lalu sele[as Austria mengumumkan langkah lockdown.

Menteri Kesihat Jerman mmeberi ulasan bahawa mereka yang tidak mendapatkan vaksin akan lebih mudah terdedah kepada jangkitan Covid-19. Dalam masa yang sama, beliau tidak menggalakkan langkah ‘lockdown’.

Pihak berkuasa menjangkakan penghantaran sebanyak 6 juta dos suntikan Pfizer-BioNTech Covid-19 awal minggu ini di Jerman, kata Spahn. Namun, penggalak sahaja tidak akan mencukupi untuk membendung jangkitan dalam tempoh dua minggu akan datang dan orang ramai juga perlu menjaga jarak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat