Mesej Dovish Powell Bantu EUR/USD Buat Kenaikan Semula

437

Gagal kekalkan pengukuhan, US dolar kembali bergerak susut semula pada dagangan Rabu semalam memberi ruang semula untuk mata wang utama lain untuk meningkat.

Sebelum ini, US dolar telah pamerkan lonjakan bertenaga selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang terbaru diterbitkan meningkat ke paras tertinggi 13 tahun.

Namun,situasi tersebut tidak bertahan lama berikutan kenyataan bernada dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) semalam berkenaan dasar monetari bank pusat.

Powell dilihat lebih mengutamakan sektor pekerjaan yang masih tidak stabil dan mengatakan kenaikan kadar inflasi hanya bersifat sementara.

Petunjuk untuk Fed terus mengekalkan dasar yang longgar itu telah mendorong para pelabur melepaskan pegangan US dolar untuk beralih pada aset yang lebih berpulangan tinggi.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, dapat dilihat harga berjaya melonjak semula selepas mengalami penurunan.

Kenaikan harga di atas paras 1.18000 semula telah mencapai paras ketinggian harian sekitar 1.18370 di penghujung sesi New York sebelum bergerak perlahan bersambung pada sesi Asia pagi Khamis.

Kenaikan harga itu juga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat trend menaik harga semula.

Jangkaan kenaikan harga dilihat akan menguji semula zon SBR (support become resistance) pada 1.19000 setelah 2 minggu harga bergerak di bawah zon tersebut.

Kenaikan lebih tinggi akan mendorong jangkaan harga untuk menuju ke paras tumpuan 1.20000 sebelum ini.

Namun jika situasi sama berulang di mana harga masih gagal tembusi zon rintangan tersebut dan membuat penurunan semula, harga bakal kembali berlegar di zon support sekitar 1.18000.

Jika zon tersebut gagal menyokong kenaikan semula harga, penurunan lebih rendah boleh dijangkakan menuju ke zon support seterusnya sekitar 1.17200-1.17000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat