Meskipun Dibesarkan Tanpa Seorang Bapa, Kini Pemuda Ini Jadi Pengasas Akademi Forex!

744

Shaun Benjamin merupakan seorang pemuda berusia 23 tahun yang dilahirkan di Swaziland, Afrika Selatan dan menetap di Newcastle, Australia. Kehidupan yang dijalani oleh Benjamin tidak seperti individu lain.

Hal ini demikian kerana beliau hanya dibesarkan oleh seorang ibu dan berhadapan dengan kemiskinan. Setelah menamatkan pengajiannya di Newcastle High School, beliau terpaksa menolak tawaran bagi menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan kerana masalah kewangan yang dihadapi.

Namun begitu, Benjamin tidak patah semangat malah bertekad untuk mengubah kehidupannya. Oleh itu, beliau meneruskan pembelajarannya di Khethekile Mining lalu memperoleh sijil kebangsaan dalam operasi letupan arang bawah tanah.

Di samping itu, beliau mempunyai impian untuk bekerja sendiri dan ingin bebas daripada kemiskinan. Justeru itu, Benjamin mula menyimpan wang hasil daripada pekerjaannya. Beberapa lama kemudian, beliau memutuskan untuk berhenti bekerja dan mula trade forex.

Siapa sangka, kehidupannya berubah dalam sekelip mata tatkala beliau berjaya mengaut keuntungan berganda melalui forex trading!

Dengan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki, Benjamin telah mengasaskan Benjamin Forex Academy, yang merupakan satu-satunya pusat pengajian percuma di Afrika Selatan bertujuan untuk membantu masyarakat mencapai kebebasan kewangan dan mengurangkan kadar pengangguran.

Selain itu, Benjamin juga merupakan seorang pengarah di firma pelaburannya yang dikenali sebagai Benjamin Investment Group.

Berdasarkan kisah hidupnya sebelum ini, beliau berpendapat bahawa setiap individu mampu untuk mencapai impian masing-masing dengan menanam kepercayaan kepada diri sendiri dan gigih berusaha.

Di samping itu, beliau turut menegaskan bahawa setiap individu perlu menjana pendapatan tambahan dan bukannya hanya bergantung kepada pendapatan tetap sahaja dengan mempelajari teknik pengurusan yang baik seperti menyimpan dan melabur untuk mendapat pulangan yang tinggi.

Tambahan daripada itu, Benjamin juga menggalakkan generasi muda supaya sentiasa berfikiran positif dan berpandangan jauh serta dikelilingi dengan insan-insan yang positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat