Meskipun Meningkat, Tapi Euro Sebenarnya Dalam Bahaya?

794

Kebanyakan matawang utama terus didagangkan lebih tinggi ketika pasaran memasuki sesi Eropah, dengan US dolar terbenam ke paras terendah 2 setengah bulan.

Matawang euro terus meraih pengukuhan dengan meningkat lebih tinggi berbanding dolar greenback.

Bagaimanapun, matawang itu turut berdepan dengan tekanan daripada Bank Pusat Eropah (ECB) yang dilihat mengambil langkah serupa dengan Federal Reserve (Fed) AS dalam penetapan dasar monetari.

Ahli ECB, Olli Rehn memberitahu bahawa beliau ingin menerapkan kerangka kerja yang longgar sama seperti Fed.

Sementara Ketua Ekonomi ECB, Philip Lane memberitahu bahawa bank pusat akan menilai program pembelian bon kecemasannya (PEPP) pada bulan Jun, sama ada mereka akan meningkatkan atau mengurangkannya.

Dalam pada itu, dolar greenback terus menerima tamparan hebat daripada bacaan data NFP yang lebih lemah daripada jangkaan. Ketika penulisan, indeks dolar didagangkan rendah pada 90.15 berbanding pesaing utamanya.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi kekal didagangkan lebih tinggi, dengan sokongan daripada penyusutan US dolar dan peningkatan harga komoditi.

Sementara itu, dolar loonie menguat berbanding US dolar meskipun bacaan data pekerjaan Kanada pada Jumaat lalu, jauh tersasar daripada jangkaan dengan penurunan sehingga 207,000 pekerjaan pada bulan April dan kadar pengangguran meningkat kepada 8.1%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat