Mesyuarat FOMC Pagi Nanti, Ini Jangkaan Terhadap Kenyataan Federal Reserve

55

Awal pagi nanti akan berlangsung penetapan kadar US oleh FOMC (Federal Open Market Committee). Mesej utama yang akan diutarakan oleh The Fed mampu meningkatkan ketidaktentuan, dan segala aspek ekonomi akan di perhatikan khususnya petunjuk inflasi. Pasaran menjangkakan adanya keyakinan dalam ekonomi khususnya pekerjaan, tetapi keraguan dalam petunjuk inflasi berikutan penguatan US dolar.

Secara keseluruhan, pendirian tunggu dan lihat bakal menghalang kenaikan US dolar dan melemahkan matawang greenback ini.

Dalam penetapan kadar malam ini, kebarangkalian  The Fed untuk mengubah kadar faedah adalah begitu kecil. Perhatian akan tertumpu kepada kenyataan Janet Yellen semasa sidang media.

FOMC dijangka memberi keyakinan kepada pasaran dengan komen berkaitan pasaran pekerjaan yang terus mengukuh dan ekonomi US yang semakin hampir kepada gunatenaga penuh (full-employment).

Ramalan kenaikan kadar pada Disember menunjukkan kebarangkalian The Fed untuk menaikkan kadar sebanyak tiga kali pada 2017 dan pasaran secara keseluruhan menjangka kenaikan pertama pada Jun 2017.

Pasaran akan memberi perhatian sama ada terdapat isyarat dalam penetapan kadar Mac nanti, sama ada The Fed bergantung kepada data (data-dependent).

Dalam sidang media itu nanti, komen tentang risiko kepada ekonomi di masa hadapan perlu diberi perhatian. Kenyataan tentang risiko-risiko kenaikan inflasi dan pasaran pekerjaan akan menjadi isyarat penting bagi kenaikan kadar pada Mac. Komen yang neutral dari Yellen pula menggambarkan The Fed akan terus mengekalkan kadar sedia ada.

Komen Yellen terhadap polisi fiskal pentadbiran baru US juga akan menjadi fokus dengan jangkaan rangsangan fiskal yang tinggi akan menyebabkan The Fed menaikkan kadar lebih pantas. Komen terhadap Presiden Trump dijangka akan meningkatkan volatility (turun-naik) pasaran secara keseluruhan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat