Mesyuarat OPEC+ Dinanti, Ini Yang Berlaku Dalam Pasaran Minyak!

305

Komoditi hitam didagangkan stabil ketika paras pelabur menantik mesyuarat penetapan pengelauran oleh OPEC+ pada hari Khamis tanpa petunjuk jelas mengenai berapa banyak bekalan yang akan dibawa kembali ke pasaran.

WTI Amerika Syarikat diniagakan meningkat di sekitar paras harga $61.62 setong, sementara minyak mentah Brent pula didagangkan positif pada $64.42 setong.

Bekalan minyak mentah AS melonjak tinggi lebih 21 juta tong pada minggu lalu, ketika penapisan menjunam ke paras terendah sepanjang masa disebabkan penutupan kilang di Texas akibat cuaca sejuk melampau minggu lalu.

Berikutan kilang penapisan yang tidak dapat memproses minyak mentah, inventori petrol dan penyulingan juga turun secara mendadak, laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA).

Inventori petrol AS mencatatkan kejatuhan paling besar dalam sejarah dengan penurunan lebih 5 tong juta sehari.

Dalam pada itu, pasaran kini menantikan pertemuan OPEC+ yang akan berlangsung pada hari ini. Sekiranya OPEC+ memutuskan untuk tidak meningkatkan pengeluaran ketika pertemuan minggu ini mungkin akan mendorong peningkatan emas hitam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat