Mesyuarat Pertama Christine Lagarde – ECB Ambil Keputusan Dasar Monetari Tidak Berubah!

182

Bank Pusat Eropah (ECB) telah mengambil keputusan untuk tidak mengubah dasar yang diamalkan seperti yang diumumkan oleh Presiden ECB yang baru, Christine Lagarde dalam mesyuarat pertama beliau pada hari Khamis dengan kadar pembiayaan semula utama kekal dan rangsangan monetari diteruskan berikutan ekonomi zon Eropah terus terkesan.

Kadar pembiayaan semula utama kekal pada 0% dan kadar deposit pada -0.5%.
Pada September yang lalu, ECB telah melancarkan pakej rangsangan berikutan kadar pertumbuhan yang perlahan dan bacaan inflasi yang tidak mencapai sasaran.

ECB mengeluarkan kenyataan bahawa, ” Majlis Pimpinan ECB menjangka kadar faedah utama kekal pada tahap sekarang atau lebih rendah sehinggalah prospek inflasi berada pada tahap yang hampir 2% atau dalam jangkaan sasaran.

Kenyataan yang dikeluarkan Lagarde setakat ini tidak banyak berbeza daripada kenyataan terdahulu yang dikeluarkan oleh Mario Draghi.

Tumpuan pasaran kini beralih kepada persidangan berita oleh President ECB dimana beliau akan memperkenalkan unjuran ekonomi ECB baru dan membincangkan penilaian strategik bank pusat Eropah yang akan bermula pada tahun hadapan.

Anda mungkin juga berminat