Mesyuarat RBA: Perang Rusia-Ukraine Cetus Ketidakpastian Baharu

909

Bank Pusat Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras terendah pada 0.10% pada mesyuarat Mac 2022 seperti yang dijangkakan secara meluas oleh pasaran.

Gabenor Philip Lowe mengulangi semula kenyataannya sebelum ini bahawa para penggubal dasar akan terus bersabar selain turut menyebut bahawa perang di Ukraine merupakan punca utama kepada ketidakpastian baharu untuk RBA menetapkan dasar monetarinya.

Penggubal dasar juga mengulangi mengenai ketidaktentuan tentang peningkatan inflasi berikutan perkembangan terkini dalam pasaran tenaga global dan masalah bekalan yang berterusan.

Inflasi asas dijangka terus meningkat pada suku tahun akan datang kepada sekitar 3.15% sebelum menurun kepada sekitar 2.75% pada 2023.

Sementara itu, kadar pengangguran diunjurkan menurun ke bawah 4% pada tahun ini dan akan kekal di tahap tersebut pada 2023.

Tambah Gabenor lagi, adalah munasabah kenaikan kadar faedah pertama boleh berlaku pada akhir tahun ini jika ekonomi terus pulih, di mana pasaran menjangkakannya akan berlaku seawal bulan Julai.

Serangan Rusia terhadap Ukraine telah menambah ketidakpastian geopolitik baharu kepada RBA, yang sebelum ini berdepan dengan tekanan daripada banjir besar di New South Wales (NSW) dan Queensland.

Walaupun tidak memberi kesan secara langsung, tetapi konflik yang berpanjangan dan sekatan yang dijatuhkan ke atas Rusia boleh menyebabkan ekonomi global terjejas, sekali gus mengganggu pemulihan Australia dari Covid-19.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat