Meta Facebook Bakal Meneraju Pengiklanan Realiti Campuran?

228

‘Haritu claim nama Meta sebab nak jadi yang pertama perkenalkan metaverse, sekarang nak jadi yang pertama perkenalkan iklan realiti campuran pulak.’

Pemilik Facebook, Meta Platform Inc memberitahu agensi pengiklanan bahawa pengiklanan realiti campuran atau mixed reality (MR) bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi, sekaligus memberi isyarat jelas mengenai visinya dalam mencipta metaverse.

Sebelum itu, adalah lebih baik jika kita belajar secara ringkas apa itu MR.

Umum mengetahui mengenai Augmented Reality (AR), teknologi yang menambah realiti dengan memaparkan objek pada persekitaran seperti permainan Pokemon Go, dan Virtual Reality (VR), teknologi yang menggantikan realiti dengan membawa penggunanya ke persekitaran yang lain seperti penggunaan peranti VR milik PayStation.

Bagi MR pula, ia adalah gabungan penggunaan objek dunia fizikal dan mencetus reaksi di dunia maya seperti penggunaan ‘HoloLens’ milik Microsoft yang membolehkan pengguna memanipulasi dan berinteraksi dengan hologram.

Berbalik kepada berita mengenai Meta yang ingin memperkenalkan pengiklanan MR, seorang eksekutif yang menghadiri pertemuan maya menerusi Zoom dengan pihak Meta berkata syarikat tersebut sedang membantu agensi-agensi pengiklanan untuk lebih memahami metaverse.

Tambahnya lagi, pihak Meta sedang dalam usaha mencipta sebuah peranti yang membolehkan pengiklanan MR direalisasikan dan dijangka ia akan dikeluarkan pada tahun ini.

Sebagai pengetahuan, pada bulan Oktober lalu di persidangan tahunan Connect, Meta telah mengumumkan Project Cambria iaitu sebuah set kepala yang akan menampilkan keupayaan MR termasuk penjejakan muka dan mata.

Ia bukan projek pertama yang melibatkan MR, dimana Microsoft sudah lama mengaplikasi pengunaan MR melalui HoloLens namun ia tidak dikomersialkan dan hanya digunakan di pejabat sahaja buat masa ini.

Selain itu, pihak Meta turut menasihatkan agensi pengiklanan untuk bereksperimen dengan iklan AR seperti menampil gambar dan video yang menindih imej digital ke dunia fizikal atau melakukan kerjasama dengan pencipta kandungan pada iklan AR.

Melihat daripada perkembangan yang cuba dibawa oleh Meta ini, ia jelas menunjukkan bahawa Meta memandang serius dalam merealisasikan visinya untuk mencipta dunia metaverse.

Dalam pada itu, pada pertemuan tersebut pihak Meta tidak menjelaskan sebarang perincian mengenai format iklan yang boleh dibina untuk metaverse, atau sebarang kawalan khusus bagi menghalang mana-mana jenama daripada muncul di tatapan kandungan yang tidak dikehendaki.

Tambahan pula, pihak Meta juga tidak memberi sebarang perincian bagaimana keberkesanan iklan di metaverse akan diukur mahupun bagaimana ia boleh mendatangkan keuntungan kepada para pengiklan.

Setakat ini tiada sebarang komen lanjut oleh Meta mengenai perkara tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat