Meta Platform Tersenarai Dalam Badan Piawaian Metaverse, Tapi Apple ‘Dipulaukan’

242

‘Ada gaduh-gaduh ke Apple dengan beberapa syarikat lain ni sampai merajuk tak nak join?’

Gergasi teknologi mula membentuk satu kumpulan pengawasan piawaian (peraturan) industri melibatkan metaverse dalam usaha menjadikan dunia digital antara syarikat serasi dengan satu sama lain, namun Apple Inc terkecuali.

Penubuhan kumpulan tersebut telah diumumkan pada acara Metaverse Standards Forum yang bertujuan untuk mewujudkan ‘jalinan kendalian dunia sebenar’ dalam metaverse bagi memudahkan komunikasi antara pelbagai syarikat.

Antara gergasi-gergasi teknologi yang terlibat adalah Meta Platform Inc, Microsoft Corp, firma angkasa, syarikat pembuatan cip pemainan dan badan penetapan piawaian World Wide Web Consortium (W3C).

Menurut pengerusi Metaverse Standards Forum dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Neil Trevett, kumpulan tersebut mengalu-alukan penyertaan dari pelbagai syarikat termasuk dari industri kripto.

Namun begitu, kelibat Apple tidak terlihat dalam senarai kumpulan tersebut walaupun syarikat iPhone itu antara yang bakal menjadi pemain dominan dalam perlumbaan dunia metaverse.

Memetik beberapa sumber, Apple dikhabarkan sedang dan bakal melancarkan set kepala mixed reality ciptaannya pada akhir tahun ini atau tahun depan.

Tambah sumber itu lagi, Apple telah memberi paparan sekilas pandang set kepala tersebut namun masih belum terbuka untuk membincangkan rancangannya.

Setakat ini pihak rasmi Apple juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

Dipercayai bahawa peranti keluaran Apple itu bakal memberi persaingan kepada Meta dalam menjadi peneraju utama metaverse nanti.

Selain itu, syarikat permainan Roblox dan Niantic juga gagal dikesan berada dalam senarai apatah lagi platform metaverse berasaskan kripto iaitu The Sandbox atau Decentraland.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat