Metaverse Pacukan Lonjakan Hedera Hashgraph (HBAR) Lebih 50%!

521

Hedera Hashgraph (HBAR) pamerkan prestasi yang garang pada pagi Isnin, dengan lonjakan lebih 50% dalam tempoh kurang daripada seminggu.

Ketika penulisan artikel ini, HBAR didagangkan pada $0.3243, sedikit rendah daripada paras tertinggi harian, $0.3345 semalam selepas melonjak 54.48% dari paras terendah harian, $0.216 yang direkod pada 14 Disember.

Ada apa-apa perkembangan terbaru ke?

Untuk pengetahuan, HBAR Foundation telah jalinkan kerjasama dengan platform penghasilan 3D berasaskan web, MetaVRse dalam usaha untuk menyokong perkembangan aplikasi berkaitan metaverse.

Ini merupakan langkah pertama HBAR menyertai industri metaverse selepas Facebook (kini dikenali Meta) mengumumkan peralihan fokus terhadap teknologi ini.

Malah, HBAR juga dilihat mengambil peluang selepas rakan kerjasama mereka, Google mendedahkan sedang mencari mata wang kripto untuk Google Cloud.

Tidak dinafikan sebelum ini HBAR kurang mendapat perhatian dan boleh dikatakan ia merupakan salah satu aset kripto yang ‘underground’.

Tetapi untuk rekod 2021, HBAR berjaya melonjak 7x ganda, mengatasi prestasi Ethereum. Polygon (MATIC) pula mencatatkan lonjakan 1000x ganda.

Dengan rekod harga semasa, HBAR bagaimanapun masih jauh ketinggalan dari paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.57 yang direkod pada 16 September.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat