Mexico Mula Tidak Senang Dengan Dasar Ekonomi yang dibawa oleh Donald Trump!

107

Tindakan Trump yang berikrar untuk mempertahankan sektor pembuatan AS dengan program pemotongan cukai ketika pentadbirannya bakal mengheret Mexico ke dalam potensi risiko pelaburan. Trump sebelum ini telah menyalahkan Mexico kerana dikatakan telah merampas pekerjaan dari Amerika Syarikat.

Kegusaran ini dizahirkan oleh Menteri Ekonomi Mexico iaitu Ildefonso Guajardo sehari selepas pengeluar kereta Ford AS membatalkan kira-kira $1.6 Billion pelaburan untuk membuat kilang di Mexico. Trump sebelum ini telah meletakkan tekanan buat syarikat di AS agar tidak menjalankan sebarang pelaburan di selatan (Mexico).

Ekoran tekanan terbabit, Ford juga telah mengumumkan untuk mengubah rancangan pembinaan kilangnya ke Michigan.

Menurut Guajardo lagi, keputusan pemotongan cukai korporat yang telah dijanjikan Trump sebelum ini juga merupakan faktor yang membawa perubahan radikal terhadap pelaburan di Mexico.

Guajardo juga berpendapat bahawa bukan hanya Mexico yang akan terkesan dengan dasar ini malahan seluruh dunia perlu menganalisis tindakan Trump tersebut.

Dalam kempen Trump, beliau ada mencadangkan agar kadar cukai korporat dipotong kepada 15 peratus, daripada 35 peratus.

Pegawai kanan di Mexico yang tidak mahu dikenali juga menyifatkan dasar Trump ini bakal menjadi ancaman terhadap aktiviti pelaburan di Mexico.

PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat