MH17 Ditembak Jatuh, 4 Individu Ke Muka Pengadilan Minggu Depan!

837

Setelah lebih dari 5 tahun, tragedi hitam ini masih menjadi bualan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia. 17 Julai 2014, dunia dikejutkan dengan penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur tersebut telah mengorbankan seramai 2978 penumpang apabila ditembak oleh peluru berpandu Rusia di bahagian timur Ukraine.

196 mangsa ialah penduduk Belanda. Oleh itu, pihak berkuasa negara itu ingin menuntut keadilan dengan menjalankan penyiasatan dan dibantu oleh beberapa buah negara yang lain, Australia, Belgium dan Ukraine.

Roket tersebut dipercayai milik pemberontak pro-Moscow. Berdasarkan penyiasatan yang dikendalikan, mereka telah mendakwa 4 dalang dalam kejadian tersebut iaitu Igor Girkin, Sergei Dubinsky, Oleg Pulatov dari Rusia dan seorang warganegara Ukraine, Leonid Kharchenko.

Menurut para penyiasat, peluru berpandu anti-pesawat BUK itu telah dilancarkan dari wilayah pemberontak serta dibekalkan oleh Rusia manakala Belanda dan Australia mengatakan bahawa Moscow perlu bertanggungjawab.

Namun begitu, Rusia bertindak menafikan sekeras-kerasnya penglibatan mereka yang menyebabkan nahas itu.

Perbicaraan berkenaan akan diadakan di sebuah mahkamah berhampiran Lapangan Terbang Schipol Amsterdam pada hari Isnin, turut disertai oleh beberapa orang ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas itu. Hal ini demikian kerana mereka ingin tahu apakah yang sebenarnya terjadi serta mencari jawapan setelah hampir 5 tahun lebih menuntut keadilan.

Minggu pertama perbicaraan dijangka akan membincangkan berkenaan isu-isu housekeeping dan bukannya mendengar keterangan suspek. Di samping itu, keempat-empat suspek dipercayai berprofil tinggi.

Gikin merupakan salah seorang bekas perisik Rusia dan penggubal semula sejarah yang membantu kickstart perang di Ukraine manakala Dubinsky turut dikaitkan dengan perisikan Rusia serta didakwa berkhidmat sebagai ketua perisikan tentera pemisah dan bertanggungjawab dalam kegiatan penghantaran peluru berpandu tersebut.

Seterusnya, Pulatov adalah seorang bekas askar Rusia dan pembantu Dubinsky membawa sistem peluaru berpandu itu ke Ukraine sementara Kharchenko dipercayai memimpin unit pemisah di timur Ukraine dan menjadi pelancar peluru berpandu.

Tambahan daripada itu, para penyiasat turut cuba mengesan anak kapal BUK yang berasa dari Anti-Aircraft Missiled Brigade yang berpangkalan di bandar Kursk. Bukan itu sahaja! Mereka juga mencari maklumat yang melibatkan pegawai atasan dalam tragedi ngeri itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat