Miami Usulkan Pembayaran Gaji Dalam Bitcoin (BTC) Bulan Ini!

507

Datuk bandar Miami, Francis X Suarez dijangka akan mengusulkan cadangan pembayaran gaji penduduk Miami dalam matawang kripto, Bitcoin (BTC) pada bulan ini.

Tidak dijelaskan tarikh muktamad, Suarez menyifatkan rancangan itu sebagai “keutamaan besar”: “Saya mahu bandar ini menjadi pusat kripto Amerika Syarikat (AS) atau dunia.”

Sebagai rekod, rancangan itu sebenarnya sudah didedahkan sejak suku pertama 2021. Ketika itu, Suarez mahu penduduk Miami dapat membayar cukai di dalam bitcoin, terima pampasan dalam bitcoin, dan menggalakkan pelaburan bitcoin.

Cadangan Suarez bagaimanapun terkubur pada Februari apabila Florida menggariskan undang-undang, melarang mana-mana pemerintah tempatan untuk memiliki aset kripto.

Menariknya tentang Miami, negara ini sudah pun memiliki matawang kriptonya, Miami Coin. Idea itu sebagai alternatif kepada larangan pelaburan dalam Bitcoin (BTC).

Miami Coin

  • Merupakan koin natif pertama Miami di bawah projek CityCoin
  • Ditubuhkan berdasarkan Bitcoin
  • Dihasilkan melalui perlombongan koin
  • Digunakan untuk pembangunan Miami
  • Selepas dua bulan pelancaran, sebanyak $10 juta Miami Coin dimasukkan ke dalam perbendaharaan bandar.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat