MicroStrategy Ambil Peluang Borong Lebih Banyak Bitcoin, $500 Juta Dibelanjakan!

2,048

MicroStrategy mungkin salah satu firma gergasi yang tidak menang tangan dalam membuat pelaburan di dalam Bitcoin (BTC).

Manakan tidak, pada hari ini disaat harga BTC merundum firma itu melaporkan telah membeli lebih banyak Bitcoin. Syarikat gergasi itu dilaporkan kini memiliki lebih dari 100,000 bitcoin setelah syarikat itu membeli 13,005 BTC dengan harga berjumlah hampir $ 500 juta. Dengan kata lain, firma itu memilik pegangan 0.5% daripada jumlah BTC yang ada.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MicroStrategy, Michael Saylor telah mengumumkan pembelian terbaru pada 21 Jun. Pembelian itu hasil daripada pengumupulan terbitan bon dalam bentuk hutang yang bernilai $500 juta.

Saylor menjelaskan bahawa 13,005 Bitcoin itu dibeli pada harga purata kurang $37,617. Dengan pembelian besar-besaran terbaharu, MicroStrategy memiliki 105,085 bitcoin. Ia telah memperuntukkan lebih dari $ 2.7 bilion aset alternatif tersebut ada harga rata-rata $ 26,080.

Selain pelaburannya yang besar di BTC, firma dan Ketua Pegawai Eksekutif nya juga telah melakukan pelbagai usaha pro-bitcoin yang lain. MicroStrategy menganjurkan persidangan BTC dalam talian untuk eksekutif dari syarikat besar, yang bertujuan untuk berkongsi potensi BTC.

Firma itu menjadikan bitcoin sebagai aset simpanan perbendaharaan dan mula membayar pekerja dalam bentuk BTC. Harga BTC kini didagangkan pada harga $32,200.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat