Minat Belian Dorong Bursa Buka Hijau Pada Awal Minggu

97

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.93 mata pada 1,553.34 daripada penutupan hari Jumaat pada 1,544.41.

Indeks dibuka kukuh 11.27 mata pada 1,555.68.

Bursa memulakan sesi dagangan pagi hari di kawasan hijau ekoran munculnya minat pembelian hasil data keluaran dalam negara kasar yang positif bagi suku pertama 2022 (1Q22) di sebalik sentimen bercampur di Wall Street.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 191 mengatasi kaunter rugi pada 145, manakala 257 kaunter pula tidak berubah, 1,662 tidak didagangkan dan 10 digantung.

Jumlah perolehan pada 302.04 juta unit bernilai RM128.47 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan bakal muncul aktiviti bargain-hunting pada sektor bertemakan pemulihan dan perladangan menjelang musim pendapatan.

Selain itu, mereka turut menjangkakan minat belian akan berterusan pada sektor bertemakan pemulihan seperti pengguna dan perbankan.

Dalam pada itu, ekonomi Malaysia menumbuh 5% pada 1Q22 hasil sokongan pada permintaan domestik dan luar termasuk pemulihan pasaran buruh.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) susut 6 sen pada RM8.90, Public Bank Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd naik 2 sen pada RM4.55 dan RM5.06 sementara Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) kumpul 39 sen pada RM10.38 dan IHH Healthcare Bhd tambah 1 sen pada RM6.45.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy Bhd naik 1.5 sen pada 6 sen, Serba Dinamik Holdings Bhd tambah 2 sen pada 14 sen, KNM Group Bhd capai 0.5 sen pada 18 sen dan Hibiscus Petroleum Bhd lonjak 6 sen pada RM1.41 sementara CSH Alliance Bhd kekal pada 11.5 sen.

Selain itu, Nestlé (Malaysia) Bhd kekal sebagai kaunter paling untung pada RM2 ke RM133.50, Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) maju 78 sen pada RM27.36, Harrison Holdings (Malaysia) Bhd tambah 31 sen pada RM5.98, Hengyuan Refining Company Bhd capai 29 sen pada RM7.27 dan Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd kukuh 24 sen pada RM6.26.

Di papan indeks, FBM ACE menurun 13.28 mata pada 5,329.35, indeks FBM Emas memaju 56.57 mata pada 11,067.37, indeks FBMT 100 mengukuh 54.39 mata pada 10,741.65, indeks FBM Emas Shariah mengembang 95.70 mata pada 11,564.11 dan FBM 70 bertambah 36.02 mata pada 13,092.63.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mengecut 34.50 mata pada 16,499.87, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan meningkat 3.02 mata pada 199.81 dan indeks Perladangan mencapai 98.05 mata pada 8,277.33.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat