Minat Belian Pacu Bursa Di Awal Minggu Untuk Dibuka Hijau

94

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 9.94 mata pada 1,601.66 daripada penutupan Jumaat pada 1,591.72.

Indeks dibuka kukuh 4.02 mata pada 1,595.74.

Ia dibuka pada nota positif, memanjangkan keuntungan Jumaat hasil dorongan aktiviti bargin-hunting yang berterusan terhadap dana asing.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 223 berbanding 109, manakala 255 kaunter pula tidak berubah, 1,691 tidak didagangkan dan 51 digantung.

Jumlah perolehan pada 142.75 juta unit bernilai RM70.12 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pasaran Wall Street masih kukuh melonjak dengan indeks purata Dow Jones capai 835 mata pada paras 34,000 dan Nasdaq Composite macu 221 mata walaupun ketegangan perang Rusia-Ukraine masih berterusan.

Pada KLCI pula, beliau menjangkakan pasaran akan kekal dalam trend menaik pada paras 1585-1600 pada Isnin ekoran pendapatan korporat yang memberangsangkan, selain mengambil kira harga minyak sawit mentah yang kukuh.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank naik 6 sen pada RM8.94, Public Bank Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd tambah 3 sen pada RM4.40 dan RM9.32, CIMB Group Holdings canak 1 sen pada RM5.68 dan IHH Healthcare Bhd lonjak 12 sen pada RM6.60.

Saham aktif memperlihatkan Siab Holdings macu 3 sen pada 33 sen sementara KNM Group Bhd hilang 1 sen pada 15.5 sen dan EA Technique (M) Bhd jatuh 2.5 sen pada 4.5 sen.

Di papan indeks, FBM Emas capai 65.42 mata pada 11,415.66, FBMT 100 kukuh 64.85 mata pada 11,088.02, FBM Emas Shariah pacu 67.88 mata pada 12,084.35, FBM 70 tambah 61.77 mata pada 13,577.71 dan FBM ACE mekar 22.41 mata pada 5,971.25.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencapai 0.38 mata pada 209.03, indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 93.52 mata pada 16,578.17 dan indeks Perladangan mekar 90.44 mata pada 8,188.73.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat