Minggu Kripto Berdarah Saksikan XRP Menjunam Parah!

2,322

Pasaran matawang kripto ‘menggila’ lagi semalam! Para hodler kripto masih steady ke?

Hanya sementara sahaja XRP memberi kegembiraan kepada para pelabur tegar XRP, yang menyaksikan lonjakan sehingga ke paras harga $1.70 selepas sahaja team INTRADAY menerbitkan artikel XRP bakal membuat kenaikan yang lebih tinggi pada 18 Mei.

Menyusul pembukaan dagangan semalam, XRP terus membuat penurunan yang lebih rendah sehingga ke bawah paras harga $1.0!

Pada carta XRP/USDT, harga telah menjunam lebih 50% sejak mencapai paras tertinggi di sekitar paras $1.97 pada 14 April lalu. Paras itu juga merupakan paras tertinggi terbaru yang pernah dicatatkan selepas 3 tahun.

Paras harga $1.0 bakal menjadi paras sokongan yang dijadikan sebagai zon petanda sama ada harga akan membuat lonjakan semula atau membuat penurunan yang lebih rendah lagi.

Jika harga terus membuat penurunan yang lebih rendah, paras harga sekitar $0.5 – $0.7 bakal menjadi penanda aras seterusnya yang perlu diuji. Paras tersebut sebelum ini merupakan paras rintangan yang sukar untuk ditembusi pada dagangan Februari dan Mac lalu sebelum harga membuat lonjakan yang lebih tinggi pada pembukaan pasaran April.

Para penganalisis pasaran kripto meramalkan bahawa penurunan yang dibuat oleh XRP dan kripto yang lain ini merupakan pembetulan (correction) dalam pergerakan harga semasa pasaran.

Ini dapat dilihat pada carta XRP yang mana harga telah membuat lonjakan melebihi 800% sejak pembukaan pasaran pada tahun 2021 ini. Jadi tidak hairanlah untuk harga membuat penurunan sebanyak 50% pada bulan ini sebelum jangkaan kenaikan yang lebih drastik.

Yang penting para pelabur tegar XRP masih tidak rugi selagi tidak menjual pegangannya walaupun telah membeli di paras harga yang tinggi.

Lihat gambar carta matawang kripto XRP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat