Minggu Kritikal Buat Pasaran Matawang, USD Masih Lemah!

603

US dolar memulakan dagangan dengan tenang pada awal minggu ketika tumpuan pelabur kini terarah kepada beberapa mesyuarat polisi dari bank utama, termasuknya Federal Reserve (Fed).

Matawang gergasi itu susut rendah pada akhir dagangan minggu lalu selepas menyaksikan pertumbuhan inflasi sedikit perlahan pada bulan November. Namun, hasil perbendaraan AS 10 tahun dilihat melonjak tinggi menyentuh tahap 1.50%.

Penyusutan USD mungkin disebabkan oleh pengambilan untung oleh pelabur sebelum penutup dagangan minggu lalu, sekali gus memberi ruang untuk kebanyakan matawang utama meningkat.

Indeks harga pengguna AS (CPI) mencatat peningkatan lebih rendah dari sebelumnya pada 0.8% daripada 0.9%. Sementara, bacaan inflasi teras menepati jangkaan dengan sedikit susut kepada 0.5% daripada 0.6% sebelumnya.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan inflasi tahunan yang mencatatkan bacaan lebih tinggi daripada bacaan sebelumnya, kepada 6.8% daripada 6.2%.

Ini secara tidak langsung menguatkan lagi keyakinan pasaran terhadap Fed untuk mempercepatkan pengurangan pembelian aset bulanannya dan membuka jalan kepada kenaikan kadar lebih cepat.

Sementara itu, matawang pound memanfaatkan penyusutan dolar greenback untuk meningkat walaupun di sisi lain, pelabur dihimpit kebimbangan terhadap kes Covid-19 yang semakin tinggi dan amaran Perdana Menteri Boris Johnson juga memberi amaran mengenai varian baharu Omicron.

Euro pula bergerak stabil di sekitar paras harga 1.1300 berbanding greenback, sedikit susut dari kenaikan yang diraihnya pada Jumaat.

Mesyuarat bank pusat AS, England, Eropah, Jepun dan Switzerland akan menghiasi pasaran pada minggu ini dengan menjadi penggerak utama kepada matawang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat