Minggu Penting Buat Emas Hitam, Harga Minyak Goyah

353

Emas hitam sedikit goyah berikutan laporan terbaru yang menunjukkan peningkatan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan inventori minyak mentah AS melonjak sebanyak 3.91 juta tong pada minggu lepas, lebih tinggi daripada bacaan yang dicatatkan pada minggu sebelumnya iaitu 2.9 juta tong.

Ini menyebabkan harga minyak mentah sedikit susut dari daripada kenaikan yang dicatatkan pada sesi sebelum ini.

Bagaimanapun, penyusutan harga minyak terbatas disebabkan jangkaan bahawa Pertubuhan Negara-negara Pengeluar Petroleum (OPEC) dan sekutunya, OPEC+ akan melanjutkan lagi komitmen pemotongan pengeluaran.

Terdahulu, terdapat laporan yang mengatakan Arab Saudi akan menyokong cadangan untuk meneruskan pengurangan pengeluaran minyak mentah sehingga bulan Mei atau Jun pada pertemuan OPEC yang dijadualkan akan berlangsung pada hari Khamis.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat diniagakan stabil di sekitar harga $60.94 setong, sementara minyak mentah Brent pula didagangkan pada $60.95 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat