Minggu Yang Cemerlang Untuk AUD/USD, Terus Kekal Bullish!

254

Dolar Aussie terus menguatkan kedudukan untuk mengukuh setelah peroleh optimisme yang sungguh meyakinkan dari Bank Pusat Australia (RBA) walaupun bank pusat itu terus mengekalkan dasar polisi.

Selain itu, risiko penularan wabak Covid-19 mengenai varian Omicron yang semakin reda dilihat telah menyebabkan matawang safe-haven termasuk USD kurang mendapat permintaan daripada pasaran.

Tumpuan utama akan terus teralih arah kepada penerbitan indeks data harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat serta data inflasi China yang turut bakal menjadi fokus kepada para pelabur.

Pergerakan harga pada carta pasangan AUD/USD tampaknya masih meneruskan lagi pendakian 4 hari berterusan pada minggu ini untuk kembali mencapai ke zon SBR (support become resistance) 0.72000.

Pendakian itu sama sekali telah menghasilkan lonjakan menghampiri 200 pips setelah harga menjejaki zon sokongan sejak September 2020 pada penutup minggu lalu serta paras terendah selama 15 bulan.

Momentum lonjakan tersebut turut dilihat terus kukuh setelah harga kekal didagangkan di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50) untuk konsisten dalam memberi corak uptrend yang lebih jelas.

Perspektif berikutnya bakal memperlihatkan reaksi pergerakan harga pada zon SBR 0.72000 sebelum kemungkinan yang tinggi harga bakal merobek zon itu untuk terus mendaki ke zon SBR 0.73000 pula.

Lonjakan yang lebih agresif juga dijangka akan mencapai semula ke zon rintangan pada 0.74000 yang mana zon berkenaan turut pernah menjadi sebagai sebuah zon tumpuan utama pada Disember 2018.

Tetapi tidak mustahil bahawa harga mungkin bakal berdaya membuat rejection terlebih dahulu pada zon SBR terkini untuk kembali membentuk rebounce yang dijangka akan menguji semula zon 0.71000.

Penurunan yang lebih rendah daripada itu pula akan menyaksikan pergerakan harga merudum ke zon sokongan September 2020 pada 0.70000 dan sekali gus bakal kembali dinilai untuk arah seterusnya.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat