Minit FOMC Cetus Perubahan Arah Harga Pada Carta EUR/USD?

273

Data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam dilihat turut menyokong pengukuhan nilai US dolar di awal sesi dengan bacaan data yang lebih positif meningkat mengatasi ramalan.

Namun, US dolar mula bertenang sedikit sehingga menuju ke penghujung sesi selepas tumpuan terarah pula pada terbitan laporan minit mesyuarat FOMC yang menjadi penilaian pelabur.

Berdasarkan penelitian pada terbitan minit, penggubal dasar AS yang sebulat suara bersetuju untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas mula melihat pilihan untuk memperlahankan kenaikan kadar.

Justeru, pengukuhan US dolar pada awalnya mula dikendurkan semula dan berkemungkinan akan mendorong pergerakan yang mendatar raja mata wang tersebut sehingga ke penghujung minggu.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD juga menyaksikan harga mendatar di atas paras sokongan semasa pada 1.01600 dan memberi petunjuk awal untuk perubahan arah sebelum ini.

Walaupun mata wang Euro masih menyerap tekanan impak krisis tenaga yang berlarutan di Eropah, namun dilihat berjaya bertahan dari mengalami penyusutan lebih rendah berbanding US dolar semalam.

Kenaikan harga jika diteruskan pada hari ini akan menguatkan jangkaan terhadap corak penurunan harga di awal minggu telah berakhir.

Kenaikan harga bakal menguji rintangan awal pada 1.02400 sebelum melanjutkan kenaikan lebih tinggi menuju pula paras 1.03000.

Paras ketinggian minggu lalu berkemungkinan mampu dicapai semula harga sekiranya corak kenaikan berjaya dikekalkan bersambung pada minggu berikutnya.

Sementara jangkaan untuk penurunan harga semula, melepasi paras sokongan 1.01600 dan harga yang susut di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut akan menjadi indikasi awal untuk harga menyambung trend bearish sebelum ini.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju ke paras tumpuan pada 1.01000 untuk mencatatkan paras terendah mingguan terbaru dan terendah untuk tempoh dagangan 3 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat