Minit FOMC : Ekonomi Tidak Boleh Dibiarkan Bergerak Terlalu Panas

610

The Federal Reserve atau bank pusat Amerika Syarikat telah mengeluarkan minit mesyuarat FOMC yang telah dijalankan pada 14 Jun yang lalu. Dalam penetapan polisi itu The Fed telah menaikkan kadar faedahnya kepada 2.00%.

Minit menunjukkan bahawa pembuat polisi menyokong kepada kenaikan berterusan kadar faedah berikutan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang berada di atas trend jangka panjang. Namun mereka bimbang dengan impak yang dibawa oleh isu perdagangan terhadap sentimen perniagaan.

Kenaikan kadar faedah seterusnya dilihat sebagai konsisten dengan dengan pengukuhan dalm aktiviti ekonomi, keadaan pasaran buruh yang kukuh dan inflasi yang hampir dengan objektif 2% bank pusat.

Minit juga mengatakan kelangsungan pengetatan polisi monetari disokong oleh peningkatan inflasi dan pengukuhan pasaran buruh walaupun terdapat kebimbangan terhadap impak ketegangan perdagangan.

Selain itu, The Fed juga bimbang jika terus membiarkan ekonomi Amerika Syarikat bergerak dalam keadaan panas akan menyebabkan masalah lain timbul. Oleh sebab itu, majoriti ahli The Fed menyokong kepada kenaikan kadar faedah.

Tidak banyak kesan kepada US dollar semasa minit ini dikeluarkan dengan pasaran memberi fokus kepada isu perdagangan dan tariff yang telah berkuatkuasa terhadap China. Minit mesyuarat dikeluarkan pada pukul 2 pagi hari Jumaat. Selain itu, satu lagi tumpuan utama pasaran hari ini adalah data pekerjaan NFP yang akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat