Minit FOMC: Fed Jangkakan Tiada Pemulihan Ekonomi Sehingga Tahun Depan

447

Federal Reserve (Fed) AS, dalam dua mesyuarat tidak berjadual pada 3 Mac dan 15 Mac lalu telah memutuskan untuk menurunkan kadar faedah sebanyak 0.5% dan 1.00 kepada julat sasaran 0%-0.25%.

Laporan minit mesyuarat yang diterbitkan awal pagi ini memperlihatkan penggubal dasar menjangkakan bahawa terdapat dua senario akan berlaku ketika ekonomi AS sedang bergelut dengan impak COVID-19. Dalam satu senario, ekonomi AS akan mula pulih pada separuh kedua pada tahun ini.

Sementara senario yang lebih buruk pula adalah pemulihan ekonomi yang lebih perlahan dan tidak akan pulih secara material sehingga tahun depan. Kedua-dua senario ini akan memperlihatkan inflasi bergerak lebih rendah.

Kesemua penggubal dasar kini berpandangan bahawa prospek ekonomi jangka pendek AS yang mengalami penurunan mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan menjadi sangat tidak menentu.

Ketika perbincangan sedang dilakukan, ahli mesyuarat mengakui bahawa penularan coronavirus telah merosakkan komuniti dan mengganggu aktiviti ekonomi di banyak negara, termasuk Amerika Syarikat dan kewangan global juga telah terjejas dengan ketara.

Selain itu, penggubal dasar juga percaya bahawa kesan daripada wabak ini akan mempengaruhi aktiviti ekonomi dalam jangka masa pendek dan menimbulkan risiko kepada prospek ekonomi. Sehubungan itu, hampir semua ahli bersetuju untuk menurunkan kadar faedah pada mesyuarat ini.

Dalam pada itu, ahli-ahli menjangkakan kadar faedah semasa akan dikekalkan sehingga ekonomi kembali pulih daripada kesan COVID-19 dan berada di landasan untuk mencapai sasaran pekerjaan penuh dan inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat