Minit Mesyuarat BoJ: Ketaktentuan Pasaran Sejak Pilihanraya AS

63

Bank of Japan (BoJ) berpendapat inflasi dan pertumbuhan ekonomi Jepun akan memacu dalam jangka masa terdekat, tetapi pasaran kewangan global masih memberi risiko ketaktentuan sejak pilihanraya Presiden Amerika Syarikat.

Dalam penetapan polisi monetari sebelum ini, ahli-ahli BoJ mengundi dengan keputusan 7-2 bagi mengekalkan polisi semasa kadar faedah negatif.

Majoriti ahli BoJ berpandangan “Ekonomi Jepun akan berkembang secara sederhana”, seperti yang ditunjukkan oleh minit mesyuarat 30-31 Januari pada Rabu.

Mereka menyatakan pasaran kewangan global telah berhadapan dengan naik-turun pasaran sejak awal tahun ini sebagai reaksi kepada pilihanraya Amerika Syarikat yang meningkatkan ketaktentuan tentang masa depan polisi negara ini.

Jepun adalah negara yang menunjukkan kebimbangan kepada polisi ‘protectionist‘ Presiden Trump yang telah menggagalkan perjanjian TPPA.

Dalam data atau peristiwa berasingan, Kementerian Kewangan Jepun melaporkan ‘lebihan dagangan’ (trade surplus) sebanyak 813.4 billion Yen pada Februari, di mana eksport meningkat 11.3%.

Perdagangan global adalah sumber pendapatan dan pertumbuhan ekonomi Jepun yang utama pada suku keempat yang disokong oleh kelemahan nilai Yen. Walaubagaimanapun, pertumbuhan asas ekonomi Jepun masih di bawah sasaran dan BoJ akan terus menyokong pemulihan ini dengan polisi akomodatif semasa.

Mesyuarat seterusnya bagi Bank of Japan akan berlangsung pada 26-27 April.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat