Minit Mesyuarat RBA : AUD Gagal Beri Reaksi

139

Dolar Aussie gagal memberi reaksi kepada laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) yang diterbitkan pada awal sesi Asia hari ini.

Bank pusat mengatakan ekonomi negara sedang pulih dengan kuat dan turut melihat kesan daripada penarikan balik beberapa program kerajaan terhadap ekonomi.

Antara masalah utama dalam jangka pendek adalah bagaimana isi rumah dan perniagaan akan menyesuaikan diri dengan pengurangan beberapa langkah sokongan fiskal oleh kerajaan.

Program subsidi upah JobKeeper yang dilancarkan oleh kerajaan akan berakhir pada bulan ini. Susulan daripada itu, para penggubal dasar berpendapat mungkin terdapat penghentian sementara dalam pemulihan pasaran buruh.

Ekonomi Australia telah mengalami pemulihan berbentuk V kerana keberhasilan kerajaan dalam membendung penularan Covid-19 dan pengangguran juga menunjukkan penurunan yang sesuai dengan pemulihan semasa.

Namun, bank pusat mengatakan ia memerlukan beberapa waktu sebelum mengetatkan semula dasar monterinya, iaitu sehingga sasaran pekerjaan dan inflasi dapat dicapai.

RBA terpaksa meningkatkan pembelian bonnya sejak beberapa minggu terakhir, termasuk operasi yang tidak dijadualkan bagi mengatasi kenaikan hasil bon yang didorong oleh perdagangan reflasi yang melanda pasaran global.

Pada mesyuarat polisi RBA bagi sesi Mac, bank pusat telah mengekalkan kadar faedah dan sasaran hasil bon tiga tahun pada 0.10%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat