Minit Mesyuarat RBA: AUD/USD Stabil Selepas Jatuh 20 Pip Daripada Paras Tertinggi Hari Ini

37

Pasangan matawang AUD/USD tidak berjaya menembusi resistance 0.7993 selepas minit mesyuarat bank pusat Australia (RBA) dikeluarkan pagi tadi. AUD/USD didagang sekitar paras 0.7975, jatuh 20 pips selepas minit mesyuarat bank pusat Australia (RBA) dikeluarkan.

Walaupun bagaimanapun, matawang ini kekal dengan kenaikan 0.16% daripada pembukaan harga hari ini di paras 0.7972 setakat jam 12 tengahhari, disokong oleh laporan harga perumahan Australia yang naik 1.9%, lebih tinggi berbanding jangkaan 1.1%

Minit mesyuarat RBA hari ini melaporkan jangkaan perkembangan pekerjaan akan terus meningkat di masa hadapan dan risiko hutang isi rumah yang tinggi serta indeks harga pengguna (CPI) yang rendah perlu diimbangkan. Selain itu, RBA turut menjelaskan perkembangan pendapatan bergerak perlahan namun masih stabil. Penggubal polisi mengulangi kenyataan mereka bahawa kekuatan dolar Aussie memberi impak kepada pergerakan inflasi yang perlahan.

Kenaikan AUD/USD turut terhalang dengan jangkaan kenaikan kadar faedah Fed pada bulan Disember tahun ini.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain jatuh 0.0.8% kepada 91.74

Semalam dolar mengukuh disokong oleh peningkatan hasil bon US yang didorong oleh jangkaan bahawa Federal Reserve akan mengesahkan pelan mereka untuk menaikkan kadar sekurang-kurangnya sekali lagi tahun ini dalam kesimpulan mesyuarat dua hari yang bermula hari ini.

Selain daripada pelan pengecilan penyata imbangan, Kesimpulan Unjuran Ekonomi Fed (FOMC Economic Projection) turut menjadi tumpuan minggu ini berikutan para pelabur ingin melihat adakah kadar inflasi yang bergerak perlahan akan mengubah pandangan jangka masa panjang bank pusat terhadap kadar faedah mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat